Monday, December 14, 2009

Susu Ibu : Pesanan untuk Bapa

Pesanan untuk bapa

Ibu yang menyusu bayi sangat mengharapkan sokongan dan galakan anda. Sokonglah dia jika dia membuat keputusan untuk menyusu. Sebagai bapa, anda adalah orang yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Di saat menimang cahaya mata baru inilah keadaan isteri anda cukup memerlukan anda.

Sebagai ketua keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:
  • Belajar mengenai penyusuan ibu susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
  • Peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
  • Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
  • Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu dari mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti:
    • adakah anda pasti susu anda mencukupi?
    • Kenapa bayi anda seringkali lapar
    • Mungkin anda perlu memberinya susu botol/susu berformula
Berikan perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti :
  • "Saya rasa lega awak dapat menyusu anak kita"
  • "Hari ini, biar saya saja yang masak"
  • "Tak sangka awak ni seorang ibu yang baik".
  • "Saya bangga bila tengok awak menyusu anak kita".
  • "Pergi lah berehat. Biar saya saja yang mandikan anak kita".
Bagi menjamin kejayaan menyusu :-
  • Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
  • Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah, saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.
BEBERAPA PANDUAN UNTUK BAPA
Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti berikut :-
  • alahan
  • sakit telinga (otitis media)
  • kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital
  • cirit birit dan sembelit
  • kerosakan gigi.
Ini bererti anda :
  • tidak perlu kerap berjumpa doktor
  • menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
  • mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga
  • adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat.
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda kerana :
  • Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
  • Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
  • Susu ibu lebih mudah dihadam.
  • Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
  • Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
*disedut hidup-hidup untuk perkongsian dari http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-6.htm

6 comments:

¶A.K.I¶ said...

mcm doktor pakar la tebilan!
hebat2~
info yg bgs ni...

Aishah Megahasz said...

Bagus artikel ni. Untuk menyusukan baby bukan ibu saya perlu bersusah payah, bapa pun perlu juga... :D

911 said...

@aki
...adeh. hahahaha

911 said...

@Aishah
betul.. pas ni rajin2lah kenenkan si bapa tuhh.. :)

zureen @ mama said...

Setuju sangat bahawa sokongan bapa sgt penting dalam menjayakan penyusuan ibu ..

911 said...

@ zureen @ mama
tq..