Dalam santai cuti-cuti Malaysia dan kesibukan menyambut tahun baru Masehi yang akan disambut dalam dua minggu ni, kita kadang-kadang terlupa bahawa kita juga menyambut tahun baru Hijrah. Apa yang kita telah buat, kejayaan yang telah tercipta, sekelumit kegagalan atau kepahitan sepanjang tahun ini menjadi panduan dan pengajaran untuk menempuh hari-hari mendatang.
Secara peribadi, sedikit kenangan pahit dalam hidup telah berlaku dan ianya menjadi pengajaran kepadaku. Sememangnya sebagai manusia, kita tak dapat lari dari melakukan sesuatu kesilapan akibat dari tindakan yang tidak betul dalam membuat keputusan. Walaubagaimanapun, perkara yang berlalu biarlah menjadi pengajaran dan pedoman dalam menempuh perjalanan seterusnya.
Apapun, Allah S.W.T maha adil, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang rugi ada untungnya, setiap yang pahit akan dibalasnya dengan kemanisan. Sudah menjadi adat hidup dalam dunia. Bila ditimpa malang atau kedukaan, sabarlah menjadi pengubatnuya. Sesuatu kemanisan hidup pastinya akan muncul jua. Pastinya banyak kenangan manis dan detik kejayaan jua yang sempat ku nikmati sepanjang tahun ini. Syukur Alhamdulillah.
Kepada rakan-rakan yang berada di luar sana, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H. Terima kasih kerana sentiasa sudi berkongsi apa sahaja - pengalaman, maklumat, ilmu dan apa saja. Mudah-mudahan setiap apa yang kita sempat kongsikan mendapat berkat dari-Nya. Teruskan berkongsi.
6 comments:
salam maal hijrah juga!
@GHOsToNe
mekasih.. :)
slm maal hijrah juga tuk 911...n selamt bercuti.. :)
@nabilah_2908
Mekasih. slmt bercuti jgk.
salam maal hijrah
x trlambat sayaucapkan salam maal hijrah....
Post a Comment