Tuesday, February 23, 2010

BLACKOUT!



Pernah dengar lagu Blackout dari Kumpulan Scorpions ni? Best - kalau dengar lagu ni sila hangguk-hanggukkan kepala tanda setuju dan lakukan aksi headbanging sedikit. Kalau tak pernah dengar - sila pernahkan.

Mungkin lagu ni ada kaitan dengan gambar ni:-


Aku tak tahulah, mungkin ada kaitan bau-bau bacang, atau sepupu atau pak sedara. Yang aku tau SESB tu memang ada kait-mengait dengan TNB. Cumanya SESB tu versi Sabah punya.

Peti sejuk aku 3 bijik dah jahanam, dekoder astro satu, mesin basuh satu, kipas angin berpusing macam tak nak berpusing tu siapa mahu tanggung? Walaupun tak seberapa ribu yang terlibat, sila ambil tahu!

Blackout! blackout!.. lagi lagi blackout! *sambil nyanyi dengan hati yang riang. Inilah lagu penghibur hati pada malam ini, setelah blackout selama hampir 2 jam. Huh! nasib baik dalam keadaan cuaca yang dah sedia panas, hati masih boleh terhibur dengan lagu blackout dari kumpulan Scorpions nih.

p/s ...malam ni memang panas!




Sunday, February 21, 2010

Aleya n Friends @ CCA

Ni la budak Aleya yang sedang demam selsema + batuk. Mata nampak kuyu. Tapi masih berselera nak mandi kolam. Kena baik demam dulu baru boleh mandi!


Ni pula si kakak Eja yang melobi agar dibenarkan mandi kolam@swimming pool. Huh! berpakat dorang ni.
  

Tak cukup kakak, si abang ni lagi. Budak Izwan ni cam Aleya juga - selesema + batuk. Layan movie guna laptop sebab kami tak ada TV!
  

Setelah bersusah payah menelan antibiotik yang agak sukar ditelan, akhirnya hajat budak 3 orang ni tertunai juga. Aleya dah sembuh dalam 2 hari. Cukup besemangat dia menelan ubat sebab 'dijanjikan' mandi kolam.
  

Meriahnya dorang.. Mana anak aku yang sorang lagi? Tu di hujung sana mandi di kawasan yang agak dalam.
  

 
Aleya dah sihat dah! Papa dorang tak mandi sebab nak jaga budak-budak mandi. Ceh! Alasan.

p/s Layan Nobody lah dulu... kekeke

.

Sunday, February 14, 2010

Awas Gelombang Kedua H1N1

H1N1 menyerang semula? Ikuti langkah-langkah pencegahan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :

  • Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
  • Adab batuk yang baik (cough etiquette)
  • Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
  • Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
  • Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
  • Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
  • Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
  • Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat 
Ataupun ikuti panduan video ni.. layan..


Kredit kepada Wonder Girls - Nobody. Aduhh... ngetop betul tarian dorang nihh..   Ekeke.... ^_^

Wednesday, February 10, 2010

Jom Jadi Guru!


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon yang layak dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di institut-institut perguruan seluruh negara. Jom rebut peluang untuk menjadi guru.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2010 

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
  

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus : Sepenuh Masa 
 Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2010
Info selanjutnya sila lunsuri laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Rebut peluang ini.


Tuesday, February 9, 2010

My Old Tom

Ni lah dia Old Tom saya. Kenapa Old Tom? Sebabnya saya suka watak Old Tom siri kartun Old Tom yang selamba tu.

Layan sajalah.

  
 cool

  
cehh..
sombong + ego betul dia nihh..


Old Tom Jr.
  
 

Mrs Old Tom


Wednesday, February 3, 2010

Anjing Mati Diorang Bising!

Pagi tadi duduk berbual-bual dengan seorang teman.  Seekor anjing tak bertuan melintas di depan. Dua ekor lagi mengekor di belakang.

"Kenapalah kalau kita minta polis atau majlis daerah, mereka tak mahu buat operasi bunuh anjing-anjing yang berkeliaran ni?"

"Aku ada terdengar, greenpeace buat bantahan dan label Malaysia sebagai ganas kerana membunuh haiwan."

"Haaah?!"

Lebihkurang begitulah dialog kami membincangkan hal-hal tengtang anjing yang berkeliaran tak bertuan ni. Greenpeace ni kalau Malaysia buat itu-ini, macam-macamlah diorang cakap. Haiwan yang tak bertuan tu bukannya diorang bagi makan pun. Selalu juga terdengar cerita-cerita tentang anjing-anjing ni mengejar dan mencederakan kanak-kanak. Belum kira lagi yang memburu haiwan ternakan seperti kambing dan ayam-ayam peliharaan orang kampung.

Kira menyiksa haiwankah kalau membunuh anjing tak bertuan ini kalau ianya bertujuan untuk mengawal bilangannya yang semakin banyak dan menyusahkan manusia?

Ataukah majlis tempatan hanya menggunakan alasan bantahan greenpeace untuk tak mahu buat kerja menghapuskan anjing-anjing tak bertuan ini?

Kalaupun greenpeace buat bantahan, tak bolehkah kerajaan tubuhkan skuad menangkap haiwan-haiwan tak bertuan ini? Kompom penuhlah penjara-penjara haiwan selepas ini kalau skuad ini ditubuhkan.

Tak ada sesiapakah yang sudi ambil dan pelihara haiwan-haiwan yang tak bertuan ini?



p/s greenpeace tak pula bising kalau manusia dibunuh sewenang-wenangnya di bumi Palestin.