Wednesday, December 9, 2009

Cuepacs positif kerajaan beri bantuan khas RM500


Peruntukan tambahan ganti bonus sebelum akhir tahun




KUALA LUMPUR: Cuepacs positif kerajaan akan memberi peruntukkan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan bonus sebelum akhir tahun ini.

Presidennya, Omar Osman, berkata melalui beberapa siri pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia mendapat reaksi meyakinkan.


"Baru-baru ini saya sempat menyambut ketibaan Perdana Menteri di Langkawi, apabila ditanya mengenai tuntutan itu beliau memberi reaksi yang positif.

"Cuma kita minta, sekiranya perkara ini diluluskan, ia dapat diberikan kepada penjawat awam sebelum persekolahan bermula tahun depan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan tiada bonus untuk kakitangan awam tahun ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bagaimanapun bantuan khas sebanyak RM500 diberikan kepada kakitangan awam dan pesara.
Sementara itu Omar berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga diminta menilai semula Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas dilakukan penambahbaikkan.

Selepas berlaku penambahbaikkan terhadap sistem penilaian itu, ramai kakitangan awam yang menduduki peperiksaan terbabit tidak lulus.

"Oleh itu, Cuepacs mahu peperiksaan penilaian itu yang akan diadakan pada bulan ini ditangguh terlebih dulu, sehingga semakan semula dilakukan.

"Memandangkan peperiksaan ini penting untuk anjakan kenaikan gaji, apakah elemen yang diguna pakai dalam peperiksaan ini. Apakah kakitangan awam itu di nilai melalui produktiviti dan prestasi ataupun peperiksaan semata-mata," katanya.
Selain itu, Omar berkata pihaknya juga akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, bagi memastikan pekerja kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada akhir bulan ini mendapat pembelaan sewajarnya.


9 comments:

zaza said...

betul ker>??? yeppi...ahaaaa.

noor afzan said...

bagus la..
kalo idak mengamuk la rakyat..

j-QAF SK SULAIMAN said...

betul ker..
tapi member cikgu yang kerja kat bahagian audit negara kata memang dapat..tapi bukan bulan 12 ni..mungkin bulan 1 dapat...
tak tau la betul ker tak

911 said...

@zaza
tak tahu la pulak.. tp cikgu j-QAF SK Sulaiman tu dah bagi info tu.. :) Harap2 la.

@noor afzan
Harus mengamuk tu.. ekekeke

@j-QAF SK SULAIMAN
Tq for the info cikgu... :)

Fid a.k.a Unrez said...

kerajaan jew la dapat..
yg sambilan tah dpt enth tidak.. huhuw.. ;(

911 said...

@ Fid
bersabar jek rr...

DaHLia said...

sambilan xtau dpt x, GSTT dpat gak biasanya...

Konpem2 ke ni...ntah2 last2 gred bawah jer...huhuh

btw, klik flymas.mobi + sherlock

911 said...

@ Dahlia
tak pasti la pulak.. :)
Apapun tq

Shaifful Hairi b Ramli said...

harap-hariapnyer ada lah tu.. kita rakyat hanya berharap..keputusan di tangan kerajaan..