Thursday, December 31, 2009

Hi Hi Bye Bye


Hi 2010, Bye 2009

Selamat tahun baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Moga tahun 2010 Malaysia bertambah makmur dan damai.  Yang merancang nak menyambutnya, lakukanlah dengan berhemah.

sumber gambar dari 1Sabah.net

Sunday, December 20, 2009

Koleksi Mini


Padi yang tertumpah dari guni.

Ambil gambar benda-benda kecik ni dah memang dah jadi hobi. Kenapa? - sebab benda-benda tu memang kecil. Ambil gambar objek kecil ni memberi kepuasan kepada saya sebab dapat menonjolkan objek tu sendiri dari satu dimensi yang lain dari sudut pandangan mata kasar.
Walaupun tidaklah setanding gambar yang dihasilkan oleh sebuah DSLR yang berharga ribuan ringgit, dapat hasil yang sebegini dah cukup memuaskan saya. Tengoklah kalau ada rezeki sebuah DSLR - kegilaan masakini, akan menjadi kenyataan. Tengoklah hasil yang tak seberapa dengan Olympus FE nih..

Rumput Sundal... oooopss (istilah standard di Sabah)


Nyamuk yang menjadi korban spray jenama ***** (tuuu...tt)




Telur ayam mini sebesar duit syiling 20 sen ( Kebetulan pada hari Jumaat,  pagi Hari Raya Korban lepas).




kepala ikan bilis (Pitas adalah pengeluar bilis yang terkenal di Sabah)




Bunga Kertas - Standard la...




Yang ni tak tau namanya.  Bunga tu kecik sangat, kalau ada depan rumah pun orang tak nak tengok punya.




Bunga jambu batu, sebelum menjadi putik.

Saturday, December 19, 2009

Selamat Pengantin Baru Tuan Richer!


Selamat pengantin baru kepada Tuan Richer atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Abd Karim. Seorang moderator khas bahagian perundangan di 1Sabah.net. Beliau yang merupakan seorang peguam, memilih pasangannya Cik Salina yang juga seorang peguam.

Persandingan pasangan ini dilangsungkan di Dewan serbaguna Kota Marudu juga dihadiri oleh Puan Anita Baranting, YB N5 Tandik.






911 sekeluarga mendoakan semoga rumahtangga yang didirikan bahagia hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 16, 2009

Blogwalking? Jom Terai eBooster



Pernah tak dengar flash memory? Ianya berfungsi lebih kurang macam RAM tambahan yang menggunakan flash drive. Lebih murah, tak perlu beli RAM yang mahal. Saya tak berapa arif tentang benda ni tapi dah pakai berbulan lamanya. Saya mengunakan PC emachine processor Athlon LE 1660 2.8 GHz, RAM 1G. Standard je. Saya kongsi sedikit pengalaman saya menggunakan flash memory (ebooster3.0) ini.
  • Firefox saya lebih stabil bila buka banyak tab. Tak ada crash setakat nih, berbanding sebelum ini.
  • Loading page lebih pantas. Kebetulan saya pakai line streamyx 1mbps.
  • program grafik spt Photoshop dan MS Picture Manager mampu handle fail-fail gambar bersaiz 10MP(lebih kurang 6-7MB saiz fail) tanpa masalah.
Modal untuk pasang eBooster
  • Sebijik flashdrive (pendrive) yang berharga RM20-30 (4G disyorkan tanpa waswas)
  • software ebooster3.0 (software ni berbayar, kalau nak yang free pandai-pandailah..) Sila berurusan dengan pakcik google untuk mendapatkan software ni. Kalau nak juga yang senang, sila klik readmore di bawah.
Tulis panjang-panjang saya tak berapa reti. Info lebih lanjut klik readmore tuhh..
eBoostr is a little program that lets you improve a performance of any computer, powered by Windows XP in much the same way as Vistas ReadyBoost. The concept behind ReadyBoost is for you to use non-volatile flash memory, such as that on a USB flash drive, to improve performance without having to install additional RAM memory, which is costly, difficult to do and requires the computer to have memory expansion capabilities to add RAM. With eBoostr, if you have a flash drive, such as a USB flash thumb drive or an SD card, you can use it to make your computer run better with Windows XP. Simply plug in a flash drive through a USB socket and Windows XP will use eBoostr to utilize the flash memory to improve its own performance. The flash memory serves as an additional memory cache for Windows XP, the one that the computer can access much quicker than the data on the hard drive. With eBoostr, the booting of your OS and applications startup gets much faster. The product shows the best results for frequently used applications and data, which becomes a great feature for people who are using office programs, graphics applications or developer tools. It'll surely attract a special attention of laptop owners as laptop upgrade is usually more complicated and laptop hard drives are by definition slower than those of desktops. eBoostr not only brings to Windows XP users everything one can find in ReadyBoost, but also overcomes its functionality by allowing you to use up to 4 cache devices simultaneously and is not limited to USB flash drives only. eBoostr helps you get the most from your hardware! 

Platform: Windows XP, Windows 2003, Windows 2000 , Windows Vista
pemasangan eBoostr3.0 baca ni link
link utk download eboostr.v3.0.build.491-patch di sini. (Nota: Pirated Software Hurts Software Developers.)

penafian: saya tak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan akibat daripada penggunaan software dan link download tu.

Tuesday, December 15, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Dalam santai cuti-cuti Malaysia dan kesibukan menyambut tahun baru Masehi yang akan disambut dalam dua minggu ni, kita kadang-kadang terlupa bahawa kita juga menyambut tahun baru Hijrah. Apa yang kita telah buat, kejayaan yang telah tercipta, sekelumit kegagalan atau kepahitan sepanjang tahun ini menjadi panduan dan pengajaran untuk menempuh hari-hari mendatang.

Secara peribadi, sedikit kenangan pahit dalam hidup telah berlaku dan ianya menjadi pengajaran kepadaku. Sememangnya sebagai manusia, kita tak dapat lari dari melakukan sesuatu kesilapan akibat dari tindakan yang tidak betul dalam membuat keputusan. Walaubagaimanapun, perkara yang berlalu biarlah menjadi pengajaran dan pedoman dalam menempuh perjalanan seterusnya.

Apapun, Allah S.W.T maha adil, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang rugi ada untungnya, setiap yang pahit akan dibalasnya dengan kemanisan. Sudah menjadi adat hidup dalam dunia. Bila ditimpa malang atau kedukaan, sabarlah menjadi pengubatnuya. Sesuatu kemanisan hidup pastinya akan muncul jua. Pastinya banyak kenangan manis dan detik kejayaan jua yang sempat ku nikmati sepanjang tahun ini. Syukur Alhamdulillah.

Kepada rakan-rakan yang berada di luar sana, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H. Terima kasih kerana sentiasa sudi berkongsi apa sahaja - pengalaman, maklumat, ilmu dan apa saja. Mudah-mudahan setiap apa yang kita sempat kongsikan mendapat berkat dari-Nya. Teruskan berkongsi.

Monday, December 14, 2009

Susu Ibu : Pesanan untuk Bapa

Pesanan untuk bapa

Ibu yang menyusu bayi sangat mengharapkan sokongan dan galakan anda. Sokonglah dia jika dia membuat keputusan untuk menyusu. Sebagai bapa, anda adalah orang yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Di saat menimang cahaya mata baru inilah keadaan isteri anda cukup memerlukan anda.

Sebagai ketua keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:
  • Belajar mengenai penyusuan ibu susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
  • Peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
  • Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
  • Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu dari mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti:
    • adakah anda pasti susu anda mencukupi?
    • Kenapa bayi anda seringkali lapar
    • Mungkin anda perlu memberinya susu botol/susu berformula
Berikan perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti :
  • "Saya rasa lega awak dapat menyusu anak kita"
  • "Hari ini, biar saya saja yang masak"
  • "Tak sangka awak ni seorang ibu yang baik".
  • "Saya bangga bila tengok awak menyusu anak kita".
  • "Pergi lah berehat. Biar saya saja yang mandikan anak kita".
Bagi menjamin kejayaan menyusu :-
  • Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
  • Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah, saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.
BEBERAPA PANDUAN UNTUK BAPA
Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti berikut :-
  • alahan
  • sakit telinga (otitis media)
  • kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital
  • cirit birit dan sembelit
  • kerosakan gigi.
Ini bererti anda :
  • tidak perlu kerap berjumpa doktor
  • menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
  • mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga
  • adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat.
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda kerana :
  • Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
  • Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
  • Susu ibu lebih mudah dihadam.
  • Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
  • Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
*disedut hidup-hidup untuk perkongsian dari http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-6.htm

Sunday, December 13, 2009

Celapa dan Gadur Antik


Masa balik ke kampung isteri hari tu untuk menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga mertua, mata sempat melilau ke almari perhiasan mertua. Terpandanglah benda-benda ni. Barang-barang antik ni kalau di Sabah ni dipanggil celapa dan gadur. Selalunya digunakan semasa membuat hantaran majlis pertunangan. Tak berani rasanya untuk membuat penilaian harga ke atas barang-barang yang sangat berharga ni, kerana sekarang ni benda-benda ni sememangnya amat sukar diperolehi. Kalaupun ada, ianya taklah seasli yang ini.

... jangan malu-malu untuk klik readmore untuk mengetahui selanjutnya.



Gadur

Kedua-dua barangan ini gunanya untuk meletakkan sirih dan pinang semasa upacara meminang.


  
 
celapa

 




Wednesday, December 9, 2009

Cuepacs positif kerajaan beri bantuan khas RM500


Peruntukan tambahan ganti bonus sebelum akhir tahun




KUALA LUMPUR: Cuepacs positif kerajaan akan memberi peruntukkan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan bonus sebelum akhir tahun ini.

Presidennya, Omar Osman, berkata melalui beberapa siri pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia mendapat reaksi meyakinkan.


"Baru-baru ini saya sempat menyambut ketibaan Perdana Menteri di Langkawi, apabila ditanya mengenai tuntutan itu beliau memberi reaksi yang positif.

"Cuma kita minta, sekiranya perkara ini diluluskan, ia dapat diberikan kepada penjawat awam sebelum persekolahan bermula tahun depan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan tiada bonus untuk kakitangan awam tahun ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bagaimanapun bantuan khas sebanyak RM500 diberikan kepada kakitangan awam dan pesara.
Sementara itu Omar berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga diminta menilai semula Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas dilakukan penambahbaikkan.

Selepas berlaku penambahbaikkan terhadap sistem penilaian itu, ramai kakitangan awam yang menduduki peperiksaan terbabit tidak lulus.

"Oleh itu, Cuepacs mahu peperiksaan penilaian itu yang akan diadakan pada bulan ini ditangguh terlebih dulu, sehingga semakan semula dilakukan.

"Memandangkan peperiksaan ini penting untuk anjakan kenaikan gaji, apakah elemen yang diguna pakai dalam peperiksaan ini. Apakah kakitangan awam itu di nilai melalui produktiviti dan prestasi ataupun peperiksaan semata-mata," katanya.
Selain itu, Omar berkata pihaknya juga akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, bagi memastikan pekerja kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada akhir bulan ini mendapat pembelaan sewajarnya.


Thursday, December 3, 2009

Senja @ Kampung

Dah lama rasanya tak berkunjung melawat-lawat pantai depan rumah, walaupun tiap-tiap hari lalu di situ. Tu belum lagi turun ke laut tangkap ikan. Dah memang rutin aku setiap hujung tahun bila tiba cuti sekolah akan turun ke laut jadi nelayan sambilan. Selain dapat ikan yang fresh dan 'first class', dapat juga income tambahan. Dapat juga jimatkan belanja beli ikan yang tak kurang RM50 seminggu. Dah dapat tengok laut dan menginjak kaki ke jeti dah cukup rasanya mengubat kerinduan aku pada laut (dan ikan yang sendiri tangkap... ekeke). Ada masa aku post hasil tangkapan aku dari laut.. bila la agaknya ada kesempatan nihh.

+/- readmore



Pokok tumbuh di pinggir laut, pernah nampak tak?





Tak ketinggalan pose menarik budak nihh... :)