Pagi tadi duduk berbual-bual dengan seorang teman. Seekor anjing tak bertuan melintas di depan. Dua ekor lagi mengekor di belakang.
"Kenapalah kalau kita minta polis atau majlis daerah, mereka tak mahu buat operasi bunuh anjing-anjing yang berkeliaran ni?"
"Aku ada terdengar, greenpeace buat bantahan dan label Malaysia sebagai ganas kerana membunuh haiwan."
"Haaah?!"
Lebihkurang begitulah dialog kami membincangkan hal-hal tengtang anjing yang berkeliaran tak bertuan ni. Greenpeace ni kalau Malaysia buat itu-ini, macam-macamlah diorang cakap. Haiwan yang tak bertuan tu bukannya diorang bagi makan pun. Selalu juga terdengar cerita-cerita tentang anjing-anjing ni mengejar dan mencederakan kanak-kanak. Belum kira lagi yang memburu haiwan ternakan seperti kambing dan ayam-ayam peliharaan orang kampung.
Kira menyiksa haiwankah kalau membunuh anjing tak bertuan ini kalau ianya bertujuan untuk mengawal bilangannya yang semakin banyak dan menyusahkan manusia?
Ataukah majlis tempatan hanya menggunakan alasan bantahan greenpeace untuk tak mahu buat kerja menghapuskan anjing-anjing tak bertuan ini?
Kalaupun greenpeace buat bantahan, tak bolehkah kerajaan tubuhkan skuad menangkap haiwan-haiwan tak bertuan ini? Kompom penuhlah penjara-penjara haiwan selepas ini kalau skuad ini ditubuhkan.
Tak ada sesiapakah yang sudi ambil dan pelihara haiwan-haiwan yang tak bertuan ini?
p/s greenpeace tak pula bising kalau manusia dibunuh sewenang-wenangnya di bumi Palestin.
16 comments:
yup bro...lg 1 xkn nak biar smpai anjing tu gigit org smpai cedera parah??
ini semua mainan diorg...
silap2x greenpeace tu ada yang dari Israel.. tu yang diorang diam saja tengok rakyat palestin dibunuh...
(aku rasa saja)
black_mel,
tu la pasal bro... ada jugak dgr2 pasal budak2 kena kejar.
Mus,
Mungkin ada betulnya jugak tu.. siapa tau kan, ada agenda tersembunyi?
stuju!!
dorang kata kita x syg haiwan..
mne lg penting? nyawa manusia ke nyawa binatang yang tak berakal?
ke mereka sme2 macam haiwan 2.. tak berakal!
¶A.K.I¶,
Betul la tu aki, :)
Walaupun setiap makhluk ada hak nak hidup, tetapi mendahului kepentingan haiwan berbanding manusia adalah keterlaluan.
hehe..aku pun xtau la..klu anjing tu mati pkara normal la..dah ajal..napa plak dorn nak bising?hehe..itu pendapat aku la
salam dari pak dogol..
tiada haiwan peliharaan di petempatan manusia tidak bertuan..
tetapi mereka telah diabaikan kerana sikap tidak bertanggungjawab tuannya..
tidak salah ada organisasi yg mempertahankannya kerana mereka telah memperuntukkan bantuan kewangan ke arah itu..
tetapi persoalannya mengapa terlalu ramai pihak yg masih tidak mahu bertanggungjawab dan lepas tangan..
dan tidak terkecuali juga ramai pihak yg memperalatkan 'green peace' untuk kepentingan diri dan politik..
dengan sikap tidak bertimbangrasa inilah yg membentuk hati manusia bertambah kejam sehingga mampu menumpahkan darah saudaranya sendiri..
muehehe!
diorang ni mmg dabel stended..
biar org mati jgn anjing mati..
- artikel yg buat airmata aku jatuh... -
sgt setuju.. anjing tak bertuan pulak diorg nk kecoh.. yg anak2 kecik xde mak bapak, diorg snyp je plak..
cydane,
tu la pasal...
Pak Dogol,
Sgt setuju, tuan yg tak bertanggungjawab mengabaikan haiwan peliharaannya.
Dlm hal menumpahkan darah pulak - manusia terdorong oleh sikap tamak mereka sendiri.
Zamz,
sikap dabel standard perlu dihapuskan.. :)
Sera,
Aikkk naa... sabar ko :D
|arieza| ,
Anak kecik yg tak ada mak bapak, samada kehilangan mak bapak atau mak bapak menghilangkan diri... sama la tu, yang jadi mangsa ialah anak-anak tu. Tetap kehilangan mak bapak.
Post a Comment