Wednesday, January 27, 2010

Tahniah!? Updated: Trip to CCA

Dalam post lepas aku dah kongsikan isi surat penyerahan kunci rumah baru. Post kali ni cuma update tentang rumah baru tu. Cuma sebagai perkongsian pengalaman terutama kepada bakal-bakal pembeli rumah baru Wong Kwok Group.

Aku dah ambil cuti rehat selama 1 hari pada hari Isnin lepas hanya kerana nak ambil kunci rumah baru tersebut. Sebenarnya lepas dapat surat hari tu aku letak saja surat tu depan komputer di ruang kerja aku ni. Sekali belek punya belek rupanya dia minta pembeli ambil kunci rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tu. Surat bertarikh 11 Januari. Maksudnya aku kena ambil kunci sebelum atau pada 25 Januari. Aku  cuma perasan tarikh tersebut pada hari Jumaat minggu lepas. Setelah bersusah payah pujuk boss aku bagi cuti, akhirnya beliau setuju juga. Tak pasti apa yang berlaku kalau aku lewat ambil kunci...


Perkara pertama yang aku perlu lakukan ialah memandu sejauh 130km. Ada masanya memandu ni seronok, kadangkala stress. Dulu aku hairan bagaimana warga KK dapat tahan dengan trafik jam di KK. Tapi setelah terpaksa berulang-alik setiap 2 minggu untuk menghadiri kuliah, aku mulai menerima keadaan tersebut. Cuma sedikit agak mengecewakan apabila terpaksa buang masa yang agak lama di atas jalanraya untuk bergerak dari point A ke point B. Sedangkan masa yang terbuang tersebut aku boleh buat sesuatu yang lebih bermakna. Paling tidak pun untuk merehatkan badan dan tidur. Agak off topic dah pula dah.


Mula-mula pejabat utama pemaju menjadi sasaran. Nak cari pejabat tu taklah susah sangat, signboard amat jelas terpampang di Jalan Lintas berdekatan dengan Lintas Plaza dan Heritage Plaza. Cuma kalau dah terlepas memang agak susah nak buat U-turn. Nak cari parking kat head office tu pula memang agak susah.

Rupanya ramai juga orang berurusan seperti aku disana, maklumlah Cyber City Apartments tu baru dibuka. Nak dijadikan cerita, cuma mereka yang dah settle semua bayaran oleh pihak bank atau kerajaan sahaja yang akan menerima surat penyerahan kunci rumah. Jadi yang belum terima surat tu, maksudnya bayaran rumah tersebut belum selesai. Aku rasa agak beruntunglah kerana jadi antara yang terawal menerima kunci rumah tersebut.



Selepas briefing oleh pihak pemaju, kunci diserahkan. Misi seterusnya ialah CCA di Jalan Lintas. Penatlah pulak menaip. Layan gambar dulu..





Jalan masuk utama. Siap minta IC lagi kerana kad akses belum dapat - kena ambil di pejabat pengurusan di dalam tu.


Terus ke MC, tu yang mereka cakap, maksudnya pejabat pengurusan. Dapatkan pas masuk, kira macam kad touch-and-go la tu. Tak ada kad tak dapatlah masuk ke kawasan apartment tu.





Aleya dengan pose 'geram-nak-mandi' tepi kolam depan MC.


Ada borang yang perlu diisi di MC tu. Sila sediakan gambar berukuran paspot. Aku tak berapa ambil tahu untuk apa, sebab aku nak tengok rumah. Alat pemadam api juga kena ambil di MC.

Seterusnya....



Yang ni bukan lot aku.
 




Dua beranak tu sedang tinjau-tinjau kawasan kejiranan mereka.



Yang ni penting untuk memastikan Smart Home System berfungsi dengan lancar. Jaring 2mbps @ RM900 setahun.. Adussss....


Wah... ada smart home system tapi belum berfungsi kerana perkhidmatan tersebut akan diaktifkan pada bulan Mei nanti. Fungsinya ialah cctv di ruang utama rumah, sistem penggera, penghantaran laporan sekiranya berlaku pencerobohan terus ke email dan telefon pengguna dan pemantauan dari jarak jauh. Juga untuk tindakan pihak keselamatan.


Lepas tengok-tengok rumah dan check kecacatan pembinaan, kena pergi SESB di Karamunsing untuk permohonan pemasangan meter tenaga. Bekalan air tak perlu, sebab dah sedia ada, tinggal minta MC aktifkan saja.


Apa lagi selepas ini?.... pergi ke kedai lampu, beli apa yang patut untuk dipasang di rumah tersebut. Point dah ada cuma peralatan yang kena sediakan sendiri mengikut selera masing-masing. Kontraktor untuk pemasangan dah sedia ada, dengan kos maksima RM250 untuk pemasangan lampu, kipas dan Smart Home System.


Adesss... penat menaip. Nanti sambung... tu pun kalau aku rajinlah.



19 comments:

author faethal said...

Canggih dah rumah2 sekarang ni...
Tahniah la 911..
Mesti tengah pikir2 apa nak dibeli atau style for Interior Design kan...hehehe

911 said...

author faethal,

tengkiu. Interior design sdg bermain -main dalam kepala la ni.. hahahah..
cuma budget tak ada...

nak carik sponsor la ni... ekekekk

Nur Hanis Shamin said...

yippy rumah dah siapp...

Kulanz Salleh said...

Aku baru dapat suratnya kemarin.. tarikh surat pun 11 Januari... samalah kesnya.. dapat surat bukan dibaca, terus simpan atas meja.. adeh.. kelam kabut la ini... tapi nasib baik ada sudah penerangan apa yg patut dibuat dulu... jadi senanglah lepas ni.. makasih bnyk2 atas info..

Nazz said...

Best de rumah baru yer..
Boleh aku join bermandi manda tak?.. hik hik

icy said...

uinah, cca tue!
mmg lawa la cna 2.
ihihih

Shikin Zain said...

wow..smart house tu..mesti nanti tuan umah pun bertambah2 smartnya...hihi :)

AKU said...

ba ka kunu tn..bule la ini singgah2 sana klu tekandas sana kk..hehe..rumah 2 mau ksh sewa ka atau ksh duduk sendiri tn?...hehe

Moja said...

ainaa...lawa pula cca tu ahh....
beshnya dpt rumah baru...

911 said...

Kulanz Salleh,

Memang tujuan bagi info dgn rakan2 yang kebetulan beli rumah yang sama. :)
Rasa-rasanya ramai juga kenalan yang bakal jadi jiran sana tu :D

911 said...

icy,

tengkiu.. :D
Inda mau join mandi sana swimming pool? ekeke.. :D

911 said...

Shikin Zain,

Rumah je smart, tuannya hampes.. hahaha. :D

911 said...

Nazz,

Jom terjun kolam mandi.. :D

911 said...

AKU,

Bah tuan.. buli ba kalau ko tn. indada hal punya. :)

Sendiri tinggal tn, tak mau kasi sewa.

911 said...

Moja,

Biasa-biasa saja bah. Masih baru cantik la, kalau sudah lama tak tau la pulak.

sweetkakayau said...

syok la ko dapat rumah baru.. saya limpas2 ja tu kawasan.. anyway salam perkenalan..

911 said...

sweetkakayau,
tengkiu.. bah limpas2 tu sekali sekala singgah2 ba... ekeke

Salam perkenalan juga

SERACURLYLA said...

- tuan..

kita bejiran nie kali...

hua hua hua...

911 said...

Sera,

Ya kah?... baa kaa. ni kali la..