Wednesday, November 25, 2009

Pembunuhan beramai-ramai di Filifina.

Rabu, 25 November 2009


MANILA: Presiden Gloria Arroyo mengisytiharkan perintah darurat di selatan Filipina semalam, berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai membabit sekurang-kurangnya 46 mangsa di wilayah itu kelmarin.

Jurucakap presiden itu, Cerge Remonde, berkata pengisytiharan meliputi wilayah Maguindanao yang juga lokasi pembunuhan dan dua kawasan berjiran lain yang mempunyai jumlah penduduk 1.54 juta orang.

Krisis dilaporkan bermula kelmarin apabila kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Gabenor Maguindanao, Andal Ampatuan, menahan lebih 40 penyokong ahli politik saingannya dan wartawan.

Mayat sekurang-kurangnya 22 orang daripada mereka dengan tubuh dipenuhi kesan peluru ditemui di kawasan itu, ketika polis meneruskan usaha menggali beberapa kubur baru semalam untuk mencari yang lain.

Anggota keluarga sebilangan mangsa berkata penyokong Ampatuan merancang pembunuhan beramai-ramai itu bagi menghalang ahli politik saingan daripada mengemukakan pencalonan sebagai gabenor dalam pilihan raya tahun depan.

Kumpulan itu adalah sebahagian daripada konvoi yang sedang dalam perjalanan menuju ke tempat calon pesaing mendaftarkan pencalonan sebagai gabenor.

Empat belas mangsa yang terbunuh adalah wanita dan wartawan yang mengikuti konvoi untuk membuat laporan.

Tentera berkata pihaknya mengesyaki penyokong Ampatuan mendalangi pembunuhan itu tetapi menegaskan siasatan terperinci sedang dijalankan. - AFP

sumber : Berita Harian Online


Syukurlah saya hidup di Malaysia...

7 comments:

SERACURLYLA said...

- bikin takut kalau yg ini..-

iyan1982 said...

andai hidup itu penuh dengan kedamaian akan tenang menjalani hidup yang sementara ini. di negeriku banyak yang lebih sadis dari filipina mungkin dunia memang akan kiamat untuk lihat infonya di search aja Tragedi Sampit semoga kita selalu dalm kedamaian sobat no war no violent

911 said...

Mohon maaf semua... tengah edit2 berita tu tiba2 karan mati... apa lagi... hahaha.

@sera - tq atas komennya.

@ iyan1982 - udah dibaca Tragedi Sampit, rupanya memang benar keganasan telah berlaku di sana. Terima kasih atas infonya. Mudah-mudahan saudara-saudara di sana hidup dalam kedamaian.

AKU said...

perkara cmnila yg kita tak mau berlaku di malaysia..ini pn msh ada lg org yg mempersoalkan gagasan 1 malaysia..aku tak fhm betullah..bikin pening2 org sekarang ini pnya pemikiran..tn 911..nda apa tn..msh kuat lg tulang aku ni memikul senjata..kihkih

daros kuneng said...

salam kembara bro..

sangat mengelirukan perjuangan dewasa ini..

kerana ideologi politik maka rakyat biasa yg tidak berdosa menjadi mangsa..

timbul persoalan siapakah pejuang dan siapakah pengkhianat..

ngee..

Rizkyzone said...

bener2 kejam itu pembunuh, g punya hati nurani

Anonymous said...

wOo.. mmg xkna ajr pnddkn mOral.. I h8 diz!!!!!!!!!!!!!!!