Monday, November 30, 2009

Siapa Punya Kerja Nihh?

Mula-mula datang seekor.. Aikss... Tak tahan nihh. Dahlah saiz agak-agak bikin geram, alunan muziknya pula boleh menjulingkan bijik mata, yelah mata asik-asik jeling kiri kanan. Bukan nak kata banyak nyamuk di kampung, dah memang banyak dan montel gitu... almaklum dikelilingi kebun kelapa sawit. Nyamuk kelapa ni tak bawa penyakit, kompom. Tapi memang kurang menyelesakan. Apalagi, operasi klik-klik bertukar jadi operasi tepis-menepis dan silat menyilat, hehehe.. Akhirnya....

Dengan bangganya dipersembahkan.. mula-mula sikit yang menjadi korban.. (nota 13 SG: yang tak tahan tengok tu, sila tutup mata)
bertambah lagi... Tapi, siapa punya kerja nihh?
Pembunuh bersiri akhirnya didedahkan... korang pandai-pandailah teka aaa... tak nak bagi iklan free.

Thursday, November 26, 2009

Balik Kampung...


Orang nak beraya, saya nak beraya... orang nak balik kampung, saya nak balik kampung. (trip skrip Ali Baba Bujang Lapok).

Kepada rakan-rakan blogger, nuffnanger, clicker, pendengar setia utara fm dan pengunjung blog saya, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.



Kepada sesiapa yang buat korban, semoga diterima dan diberkati Allah S.W.T.

Maaf Zahir Batin.


Wednesday, November 25, 2009

Pembunuhan beramai-ramai di Filifina.

Rabu, 25 November 2009


MANILA: Presiden Gloria Arroyo mengisytiharkan perintah darurat di selatan Filipina semalam, berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai membabit sekurang-kurangnya 46 mangsa di wilayah itu kelmarin.

Jurucakap presiden itu, Cerge Remonde, berkata pengisytiharan meliputi wilayah Maguindanao yang juga lokasi pembunuhan dan dua kawasan berjiran lain yang mempunyai jumlah penduduk 1.54 juta orang.

Krisis dilaporkan bermula kelmarin apabila kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Gabenor Maguindanao, Andal Ampatuan, menahan lebih 40 penyokong ahli politik saingannya dan wartawan.

Mayat sekurang-kurangnya 22 orang daripada mereka dengan tubuh dipenuhi kesan peluru ditemui di kawasan itu, ketika polis meneruskan usaha menggali beberapa kubur baru semalam untuk mencari yang lain.

Anggota keluarga sebilangan mangsa berkata penyokong Ampatuan merancang pembunuhan beramai-ramai itu bagi menghalang ahli politik saingan daripada mengemukakan pencalonan sebagai gabenor dalam pilihan raya tahun depan.

Kumpulan itu adalah sebahagian daripada konvoi yang sedang dalam perjalanan menuju ke tempat calon pesaing mendaftarkan pencalonan sebagai gabenor.

Empat belas mangsa yang terbunuh adalah wanita dan wartawan yang mengikuti konvoi untuk membuat laporan.

Tentera berkata pihaknya mengesyaki penyokong Ampatuan mendalangi pembunuhan itu tetapi menegaskan siasatan terperinci sedang dijalankan. - AFP

sumber : Berita Harian Online


Syukurlah saya hidup di Malaysia...

Tuesday, November 24, 2009

UTARA.FM di majlis kahwin

SEJARAH BARU DI UTARA.FM

Selasa, 24 November 2009 13:45

23 November 2009 : Perkahwinan antara Puan Rosdinah Binti Abd. Rashid dan suaminya yang berlangsung di Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas menjadi satu lagi sejarah di Utara.FM kerana majlis ini adalah yang pertama disiarkan secara langsung melalui radio online Utara.FM. Siaran lebih kurang 2 jam ini dihadiri oleh beberapa ahli komuniti 1SABAH.NET iaitu rumputt, kulanz, 911, mka, wxyz, siiputt, wady, nr_ain, seraiwangi, embun dan beberapa lagi ahli yang lain. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran rakan ahli dari Beaufort yang kini bertugas di Lahad Datu iaitu ligong dan ridwanct dari Kota Marudu. Pengacara jemputan untuk siaran ini ialah DJ PP. 1SABAH.NET mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai, semoga akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

copy paste dari http://1sabah.net/ ngeee...

Kad Raya

Kad Raya dari Incik din3187


kad raya
Tengkiu bro...
Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat semua teman-teman bloggers Muslim.

Sunday, November 22, 2009

Pesta Jagung

Pesta Jagung

 The Pesta Jagung or maize fesival is held in the district of Kota Marudu, about 130 km or two hours drive from Kota Kinabalu. Just like other agriculture-based celebrations, this fest promises to be another exciting event that should not be missed by any visitor to Sabah.

Maize or jagung is one of the many agricultural products in the state that has provided an important economic contribution to the lives of mainly the Kadazandusun communities in Kota Marudu. This event serves to highlight the significance of this plant to the people. Of course there will be plenty of fun too with jagung cooking and planting competitions, cultural shows and the Jagung Fashion Queen!

So visit this district to join in the excitement and discover the unique lives of the people of Kota Marudu.

sumber: http://www.sabahtourism.com

sekadar perkongsian...

Utara FM di Pesta Jagung Kota Marudu 2009

GELAGAT DJ UTARA.FM DI PESTA JAGUNG PDF Cetak E-mail edit
Ahad, 22 November 2009 03:25

Gerai pameran Utara.FM antara gerai yang paling meriah dengan gelagat para DJ Utara.FM yang telah membuat penyampaian secara terus kepada para pengunjung Pesta Jagung.


nota : copy paste dari http://1sabah.net

Wednesday, November 18, 2009

Bila Kata Tak Terungkap...

Biarlah wajah yang bercerita..







Sawang + Habuk = S.A.N.G.A.P


Bila ada seorang pengunjung bertanyakan kenapa blog aku dah lama tak update, baru aku perasan (atau buat-buat tak perasan selama ini) blog aku dah berhabuk dan bersawang. Memang padan dengan namanya laman sesawang... wakakakakK.. Aku sendiri kasi ketawa diri aku ni.

Rupanya memang dah lama banget aku tak update blog aku... Adeii.. Bila aku toleh kiri toleh kanan, bukan setakat blog - keyboard, dashboard kereta, keypad telefon, monitor semuanya berhabuk. Dah berapa lama agaknya aku tak update? - Aku tak ada masa nak kira. Ni kali laaa.... Kamurang tinguk sendiri la...



Kalau dah blog sendiri dah tak update, apatah lagi laman-laman lain yang berkenaan.. hahaha..

Nak diceritakan kesibukan di saat-saat akhir musim persekolahan ni, tak terdaya rasanya - Musim peperiksaan, periksa kertas soalan budak, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, sukan, lain-lain tugas yang dibawa pulang ke rumah dan perkara-perkara yang berkaitan hal peribadi. Lepas ni apa lagi agaknya.....?


Nota Kompius : Jangan lupa kunjungi kami di Pesta Jagung Kota Marudu 2009.