Sunday, August 15, 2010

Tutorial HDR Photo Imaging

Umumnya ketika kita mengambil gambar terutamanya jenis pemandangan (bangunan, pantai, langit) perkara yang paling memeningkan kepala ialah setting pada kamera agar langit nampak cantik di samping objek atau tanah yang jelas. Perkara ini adalah disebabkan langit selalunya lebih cerah dan bumi akan kelihatan gelap. Exposure yang terlebih akan menyebabkan langit akan kelihatan terlalu cerah, manakala exposure yang kurang menyebabkan permukaan bumi kelihatan terlalu gelap.

HDR photo sedikit sebanyak dapat menyelesaikan perkara ini. Selain untuk menonjolkan detail pada permukaan bumi (atau objek) dan latar belakang yang cerah, photo editor menggunakan HDR photo editing untuk tujuan menonjolkan elemen yang cantik dan unik menggunakan kreativiti.

Tutorial saya pada kali ini hanyalah sebagai panduan asas teknik HDR mengikut pengalaman peribadi saya sendiri. 

Langkah 1
Ambil sekurang-kurangnya dua foto mengunakan exposure yang berlainan. Saya selalunya menggunakan 3 foto yang sama menggunakan exposure -1, 0 dan 1. 
EV -1.0 (under-exposed)

EV 0.0 (normal)

EV 1.0 (over-exposed)

Sebaik-baiknya tripod digunakan untuk mengelakkan kesan gegaran pada gambar-gambar tersebut. Saya menggunakan satu cara yang mudah iaitu mengambil hanya satu gambar sahaja dan mengubah exposurenya menggunakan photoshop dan menjadikan 3 gambar yang berbeza exposure.

Langkah 2

Dalam langkah ini, Photomatix diperlukan. Saya memilih untuk menggunakan Photomatix berbanding Photoshop untuk menghasilkan gambar HDR kerana ianaya lebih mudah.

Buka program Photomatix dan klik "Generate HDR Image" pilih "Browse" dan pilih fail gambar.
(klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)

Paparan seperti ini akan muncul. Klik "OK"


Seterusnya. Klik sahaja "Tone Mapping"

Seterusnya...



(gambar pinjam dari http://abduzeedo.com)

Ubah slider ke kiri dan kanan mengikut citarasa masing-masing. Sampai part ini, gunakanlah kreativiti masing-masing untuk mengubah setting pada gambar HDR tersebut. Kaedah "try and error" amatlah diperlukan.

Sesudah berpuashati, klik sahaja pada "Process". Photomatix akan mengambil  sedikit masa untuk memproses HDR tersebut.

Akhir sekali klik "File"> "save as" hasil kerja yang telah diproses tadi ke dalam format ".JPG".


Berikut adalah antara hasil-hasil kerja tangan saya.


Harap perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang ingin mencuba. Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah seorang yang telah mahir menggunakan teknik HDR ini. 

p/s Photomatix Pro tu adalah perisian berbayar, terpulang kepada rakan sekiranya inginkan versi yang cracked punya. Sila gunakan khidmat uncle Google. :)

14 comments:

AKU said...

wainaa tn..mmng kategori sifu sudah ini tn..tq atas perkongsian info ini tn..

911 said...

hahaha... belum sampai tahap sifu ba tuan. Masih merangkak A,B, C baini..
tengkiu tuan.

black_mel said...

thnx bro..means mmg kena guna fotoshop utk generate 3 pic tu..so skrng dah paham..;)

DonHa said...

memang smart la bro. tak perlu dslr lg la macamni.haha

(hbz)-Donha>new blog

yott said...

gambar2 tu nmpk lebih cantik lps guna teknik ni..
tq share info ni

911 said...

black_mel,

sama2. tak semestinya guna photoshop bro. dapatkan gambar original dari kamera dgn 3(atau 2) exp yg berbeza. Masalahnya cuma gegaran (vibration) kamera semasa shot picture tu wlupun pakai tripod. gambar tu tak sharp jadinya.

911 said...

DonHa,

Dah tukar blog baru rupanya.. :) DSLR tu cuma option. Saya tengok ada juga fotografer pro pakai digital compact camera (dgn alasan malas nak angkat dslr berat.. :)).

911 said...

yott,

thanks byk2. Saya senang hati kalau perkongsian yg tak seberapa ini dapat membantu orang lain pulak :)

Sudir Suichi said...

terbaek! info yg sangat menarik bro~~`

911 said...

Sudir Suichi,
thanks bro...

[leily.laily] said...

bro, HDR tru photoshop bleh tak?
hihihi, request tutorial leh.. ;-)

911 said...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥,

sy blm pernah gunakan hdr dlm photoshop. Insyallah dlm masa terdekat

MR KHAI said...

waa bagus nya! memang saya perlukan info nie.. ^__^

911 said...

Khairy1986,

thanks :)