Monday, August 2, 2010

Dia Datang...

Dia datang lagi. Maksud saya bulan Ramadhan yang dah hampir. Kenapa senang sahaja nak ingat ketibaan bulan Ramadhan ini? Sebenarnya ada rakan-rakan setugas yang baru sahaja melangsaikan hutang puasa bulan Ramadhan tahun lepas baru-baru ni. Biasalah tu, mengganti puasa tahun lepas disebabkan 'cuti yang dikhaskan' kepada golongan-golongan yang terlibat.

Bila dah dekat-dekat Ramadhan ini, saya asyik teringatkan tentang sesuatu yang boleh dikatakan mesti ada di setiap rumah dalam bulan puasa ini. Inilah bendanya.

Baru-baru ini saya sekeluarga sempat berwindow-shopping di Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Tujuan asalnya cuma nak tengok-tengok pakaian untuk anak-anak. Saya pula asyik tengok kepelbagaian jenama buah kurma yang dipamerkan di gerai-gerai yang terdapat di situ. Memang menarik, tapi sayangnya saya tak bawa kamera. Kalau tidak sudah pasti buah-buah kurma pelbagai jenis menjadi mangsa kamera saya. Perkara yang paling menarik pada saya ialah pembungkusan dan jenama yang terdapat di situ serta jenis-jenis kurma dari Tanah Arab, Afrika hingga China.
Gambar di atas adalah buah kurma yang dibungkus oleh Syarikat Elken, kebetulan isteri membelinya sewaktu promosi di kedai tempat isteri saya selalu berkunjung.

Hmmm... bila tiba bulan puasa mesti ingat makanan kat Bazaar Ramadhan.

12 comments:

Ain said...

masa kecik2 dulu ain tak suka kurma sbb tiap kali makan mesti sakit gigi....

bila dah kahwin ni baru tau, kurma yang ain makan tu rupanya kurma yang disira....

now dah pandai pilih kurma yang sedap dan wajibb makan tiap kali bulan puasa....

biasanya ain beli jenama yusuf taiyub....

AKU said...

mmng berbeza rasanya kurma yg berjenama dgn kurma yg main timbang kati punya..haha

911 said...

Ain,
Jenama Yusuf Taiyoob tu memang terkenal dan pelbagai gred. Belum berkesempatan lagi beli.

911 said...

AKU,
hahah... betul tu tuan... tapi pernah terjumpa juga jenis kurma timbang kati tu berharga RM130 sekilo. Ndak tau la camana rasa dia tu tuan....

AKU said...

yukk..buli2 jugala klu itu harganya tn..ndadala pahala klu itu bebuka puasa sama kurma harga 130/kg sbb mcm masuk kategori membazir suda itu...kihkih

911 said...

AKU, rasa2 mo beli juga tu barang 2-3 bijik, asal dapat rasa lagi bah.. kalau 1 kilo memang melampau ba juga ba..

syahira ariff said...

sedapnya nampak kurma tu
time bulan pose jer bru tringat kurma
hehehe

911 said...

syahira ariff,
tu la kan, bila time bulan puasa memang teringat kurma atau bila lihat kurma mesti teringat bulan puasa. Dah sinonim kurma dengan bulan puasa.

Mus said...

berapalah harga kurma tu?

911 said...

Mus,
RM45 kalau tak silap (pek 1 kilo)

yott said...

sy pun dpt buah kurma hari ni..
ada org baik hati beli bagi semua staff..katanya kurma nabi..rasanya x manis sgt..
buah kurma mmg sinonim dgn bln puasa

911 said...

yott,

buah kurma yang tak berapa manis tu mesti sedap, sesuai dengan saya yang tak berapa suka dengan makanan yang terlalu manis ini. Ada masa saya akan cari juga tu nanti.