Sunday, May 23, 2010

Trip to Taman Kinabalu - Stesen Sorinsim

"Hari ni kita jalan-jalan ke Sorinsim.."
Pagi hari sabtu itu, dengan selamba saja saya mengajukan ayat ini kepada isteri, sambil-sambil pejam celik biji mata berulangkali sebab baru bangun tidur.

"Bah"
Dengan selamba juga si isteri bersetuju. Anak-anak pula, bukan main seronok lagi.

Perjalanan ke Kota Marudu mengambil masa lebih kurang 40 minit hanya untuk membeli belah apa yang patut untuk perkelahan keluarga. Bukannya selalu berkelah. Anak-anak dah tak sabar.

Kampung Timbang Batu (kalau tak silap) dari Jalan Kota Marudu -Poring

Perjalanan ke Sorinsim yang jaraknya lebihkurang 35 km dari kota Marudu walaupun taklah jauh sangat tapi terasa sangat jauh. Apa ke tidak, 28 kilometer daripadanya adalah jalan off-road, dengan kerja-kerja pembinaan jalan raya Kota Marudu-Poring sejauh 6 kilometer dan selebihnya adalah jalan yang lebih sesuai untuk kenderaan 4WD.  Kelebihan melalui jalan-jalan off-road ini suatu ketika dahulu memberi sedikit kelebihan kepada saya memandu sebuah Avanza. Mujurlah jarak kelegaan kenderaan dengan tanah yang agak tinggi juga pada kereta saya memudahkan perjalanan. Saya cuba membayangkan apakah akibatnya kalau Persona isteri yang dibawa. Kompem patah balik sebelum sampai ke destinasi. 

Perjalanan melalui jalan off-road sejauh lebih kurang 28 kilometer mengambil masa yang banyak. Hampir 2 jam. Semuanya gara-gara keadaan yang agak mencabar dan memerlukan kemahiran memandu di jalan 'logging'. Pada suatu ketika, saya hampir-hampir patah balik apabila melalui jalan yang sempit dan curam. Walaubagaimanapun, segala kesukaran dalam perjalanan terubat apabila sampai ke tempat yang diidam-idamkan. 

Sorinsim memang menakjubkan. Saya terlalu asyik mengambil gambar, hingga hampir terlupa untuk merasai kesejukan air sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan. Saya kongsikan keindahan Sorinsim..



19 comments:

tehr said...

memang menarik
tak puas tengok airnya yang jernih

ada ikan tak? boleh memancing?

911 said...

tehr,

memang jernih airnya tu. ikan memang ada tapi sungai tu kena 'tagal', maksudnya sesiapa yang didapati menangkap ikan dengan apa cara sekalipun, akan dikenakan denda.huh..

yott said...

cantik tmpt ni..nmpk segar dan ceria, bestnye jln2 ke tmpt mcm nih..

Moja said...

lawa pula tmpt ni ahh...!!
mau kena pigi ni tau...

911 said...

yott,

memang best tempat tu, belum puas berada di situ terpaksa bergegas balik sebab takut hujan.. jalan licin kalau hujan.

911 said...

Moja,

Rugi kalau indak pigi tu.. hehehe

nazreenhashim said...

cam seronok jer..
heehehe..

911 said...

nazreenhashim,

seronok... cuti2 Malaysia.. :)

nazreenhashim said...

tunggu bergaji baru leh cuti2 malaysia..
hehehe..

911 said...

nazreenhashim,

dah gaji, jom cuti2 Malaysia..hahaha

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

bARdbOO said...

Sorinsim ye nama tempat nie?? menarik la..tp xtau la bila lagi akan dpt ke sabah..

akuvision said...

nyamannaya suasana

911 said...

Hapi,

Thanks

911 said...

bARdbOO,

ada masa datanglah ke Sabah. Banyak tempat-tempat menarik.

911 said...

akuvision,

Memang nyaman suasana kat Sorinsim tu bro... :)

mka said...

mantap ni tn sedap ja memandang

911 said...

mka,

tengkiu tuan..:)

Nur Hanis Shamin said...

Sungai sorimsim ni terbelah dua, yang satu air panas dan yang satu air sejuk... yang tempat ni tempat sejuk...