Monday, June 7, 2010

Buli

Hari ini saya terserempak dengan satu kejadian. Insiden? Eksiden? Mana-manalah.. 

Hampir dua minggu rasanya saya dan keluarga asyik ke sana kemari. Jalan-jalan musim cuti sekolah dan cuti Pesta Kamaatan yang disambut di Sabah. Dalam tempoh itu, saya cuma berkesempatan berada di rumah selama 2 hari. Orang kata jauh berjalan, luas pengetahuan. Bukan sekadar bercuti, sebenarnya saya melangsaikan beberapa perkara yang tertangguh sekian lama yang disebabkan oleh kesuntukan masa berbuat demikian kerana kekangan kerja. Kebetulan pula, terlalu banyak cuti-cuti sebelum ini melambatkan/menangguhkan urusan-urusan yang perlu dilakukan di beberapa buah pejabat. Cuti yang panjang kadang-kadang menyusahkan.

Hari ini setelah sekian lama, saya dan keluarga balik ke rumah. Semasa dalam perjalanan balik saya terserempak dengan sesuatu kejadian yang menyebabkan saya berfikir panjang. Semasa memandu, seekor kucing tiba-tiba melintas jalan mengejar seekor anjing yang berada di sebelah. Sebelum kucing tersebut sampai ke seberang, ia dilanggar pulak oleh sebuah kereta. Mungkin pemandu tersebut tak perasan atau tak sempat membrek keretanya. Kucing tersebut cedera di bahagian kaki belakang. Anjing di sebelah pula mengambil kesempatan nak menyerang kucing yang malang. Saya terpegun apabila melihat kucing tersebut yang dah tak dapat berdiri terus mempertahankan diri walaupun berjalan sambil mengheret bahagian belakangnya yang cedera. Saya terpegun melihat semangat melawan yang ditunjukkannya.

Saya asyik berfikir sepanjang perjalanan pulang. Mengapa seekor kucing mengejar anjing dalam keadaan jalan yang sesak dengan kenderaan. Mungkinkah ia dah tak tahan kerana anjing selalu membuli kaumnya yang lemah? Saya tak pernah pula mendengar atau menyaksikan kucing membuli anjing. Mungkin si kucing cuma ingin mempertahankan wilayah, kaum dan hak-haknya untuk hidup aman. Tak tahulah...

Si pembuli ini ada di mana-mana. Dengan fizikal dan kekuatan yang dia ada, kaum yang lemah akan menjadi mangsa. Lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan dan pembelaan dari golongan yang merasakan diri mereka super-gagah dan tak boleh diancam oleh mana-mana individu. Bertambah-tambahlah keangkuhan si pembuli. Baru-baru ni pun si pembuli menyekat bantuan kemanusiaan....




7 comments:

mka said...

begitu la sang semut tu tn asik kena pijak sija..tapi satu hari bila dia tak tahan lagi sang semut pun bertindak balas. cuma sang semut suka hijau sebab hijau adalah alam yg penuh hormat. Jika kadang2 sahaja sang semut bertukar jadi merah bila di buli..adidid ayatku ni bah hehehe

911 said...

hahahaha..... adedei, patut la ijau. jangan jak bertukar merah aa tuan.

Tapi betul juga tu tuan. Jangan disangka semut yang kecil tak berani nak melawan.

mka said...

tappi macam silap aku ooo tn..hijau kan hulk tu hehehe...ganasssss tuuuuuu

yott said...

Bro, dah sampai masanya kucing jgn biar dirinya terus dibuli..

black_mel said...

biasa la..yg kuat selalunya akan buli yang lemah..tp yg lemah akan jadi kuat bila bersatu...

911 said...

yott,

benar tu, tapi banyak perkara yang menghadkannya. Sokongan dari dunia di sekelilingnya amat diperlukan.

911 said...

black_mel,

Betul. Bersatu - itulah sepatutnya yang dilakukan oleh silemah supaya tidak berterusan dibuli.