Pernah dengar lagu Blackout dari Kumpulan Scorpions ni? Best - kalau dengar lagu ni sila hangguk-hanggukkan kepala tanda setuju dan lakukan aksi headbanging sedikit. Kalau tak pernah dengar - sila pernahkan.
Mungkin lagu ni ada kaitan dengan gambar ni:-
Aku tak tahulah, mungkin ada kaitan bau-bau bacang, atau sepupu atau pak sedara. Yang aku tau SESB tu memang ada kait-mengait dengan TNB. Cumanya SESB tu versi Sabah punya.
Peti sejuk aku 3 bijik dah jahanam, dekoder astro satu, mesin basuh satu, kipas angin berpusing macam tak nak berpusing tu siapa mahu tanggung? Walaupun tak seberapa ribu yang terlibat, sila ambil tahu!
Blackout! blackout!.. lagi lagi blackout! *sambil nyanyi dengan hati yang riang. Inilah lagu penghibur hati pada malam ini, setelah blackout selama hampir 2 jam. Huh! nasib baik dalam keadaan cuaca yang dah sedia panas, hati masih boleh terhibur dengan lagu blackout dari kumpulan Scorpions nih.
p/s ...malam ni memang panas!