Wednesday, January 20, 2010

Tahniah!?


Semalam aku dikunjungi surat misteri ini.

Dipendekkan cerita, apartment 1 bilik yang aku tempah hampir 2 tahun lepas kini dah siap untuk diduduki.  Semestinya aku gembira. Ianya terletak di ibu negeri. Kiranya bakal menjadi istana Sri Hinggap aku selepas ini. Orang kata pelaburan ke atas hartanah ni tidak merugikan. Itu orang kata lah. Tapi aku punya kata pula, lebih baik aku beli hari ini sementara harganya belum melonjak mendadak pada masa-masa akan datang.

Masa aku tempah apartment ni, kononnya ianya ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, siap dengan litar cctv, suis yang dikawal melalui talian telefon dan sistem kunci yang boleh dikawal dari tempat aku yang jauhnya lebih 100 km. Biasalah kan, nak pujuk orang membeli ni macam-macamlah yang ditawarkan dan diwar-warkan. Nak kata indah khabar dari rupa, aku belum sempat lagi tinggal di situ, jadi tak adillah nak buat judgement awal-awal.

Kenapa 1 bilik je?... sebab itu saja yang aku termampu. Aku bukannya orang kaya. Sekadar menganggap ia sebagai keperluan. Sekurang-kurangnya aku merasa tinggal di hotel mewah hak milik sendiri (ehemmm..) apabila bercuti atau menghadiri function (bijik mata aku bertukar biru sekejap) di ibu negeri. Sekurang-kurangnya ada juga tempat aku mengadu sekiranya banjir berlaku lagi di Kota Belud macam hari tu.

24 comments:

Aidi-Safuan said...

wah..besh2. tahniah!

harga berapa?

911 said...

Aidi-Safuan,

dlm RM100k.. nak kata murah, tak juga. adessss...

author faethal said...

100K 1 bilik...tapi di ibu negeri kira ok lah..
Nnt kalau berkunjung di KK boleh tengok Apartment 911!!
(Last ke Sabah,ronda2 KK & Tawau tahun 2008...)

black_mel said...

wahh...ok la tu...tahniah...rumah kat ibu kota mmg mhl2 kn...

911 said...

author faethal,

sila2 berkunjung..hehe

911 said...

black_mel,

thanks.. tapi ibu negeri je tu, bukan ibu kota.. Kat Sabah ni memang mahal.

zuwairiaiman said...

bro tahniah.. xde pape blanja ka... open table ka .. hahaha

911 said...

zuwairiaiman,

boleh boleh... hahahah. dtg sini kita b-b-q.

btw, tengkiu bro.

Zamz said...

anggap je sbg investment taknak maintain bleh jual balik

yanmie said...

wah bestnya beli umah...so umah tu kat ner? KK ke?

911 said...

zamz...

betul tu bro, tq

911 said...

yanmie,

ya, kat KK..

Kulanz Salleh said...

apartment mana ni? cybercity? aku punya blum dapat lagi... janji ari tu bulan 10 tahun lepas mau bagi kunci dah.. tp sampai skrg xda lagi..

911 said...

Kulanz,

cybercity la tu.. tak lama lagi ada la tu surat sampai.. hihi..

dfsdf said...

best nya...thniah2 ..meti mahal yer???

marmar said...

tahniah 911..

di UA2 atau CC?

x rugi beli wlupun mahal..
nilainya cepat naik tu..

911 said...

r0sLiNa,

tengkiu2.. :) yang murah je..(agaknyala...hahaha)

911 said...

marmar,

CC... org rumah ambik di UCA, depan 1Sulaman, mesti gempak punya... hahaha..
btw, tengkiu.

marmar said...

satu pelaburan yg amat bijak..
betul2 depan 1sulaman tu..water theme park yg pertama d sabah tu..
mmg gempak punya..

911 said...

marmar..

ya ka?.. adess baru ku tahu ni. Tengkiu for the info. :)

Ros said...

tahniah tuan...

911 said...

Ros..

tengkiu2..

Mus said...

pelaburan yang menguntungkan!

911 said...

Mus,

Thanks bro :)