Selepas saja pulang dari kerja, aku terus bergegas ke kereta. Hujan yang turun mencurah-curah tak ku pedulikan. Aku perlu pantas bergerak, kalau tidak, pastinya urusan akan tergendala lagi. Aku sudah terlewat beberapa hari. Aku mahu cepat!
Dalam perjalanan telefon bimbitku berdering lagi.
"Hello, selamat pagi.." Kedengaran suara seorang perempuan dengan nada lembut lunak di sebelah sana.
"Ya, selamat pagi."
Setelah memperkenalkan diri dan itu-ini, si perempuan bersuara lunak itu menerangkan tujuan sebenarnya memanggil.
"Insuran kereta encik dah tamat tempoh..."
"Ya, saya tahu, saya dah on the way ke sana.." Dengan slang ala-ala Tom Cruise Sabah, (kalau di kampung aku, ianya dah jadi tompinai) aku menjawab. Aku dah tahulah, tidak lain dan tidak bukan mesti pasal insuran kereta dan cukai jalan yang sudah dua tiga hari terlewat.
"Baru dua tiga hari terlewat dah kecoh.." aku mengomel sendiri dengan nada tambirang. Padahal memang salah aku sendiri a.k.a tak ada duit.
Sepanjang jalan hujan tak berhenti-henti memuntahkan isi awan ke bumi, menuruti perintah Tuhan untuk mencurahkan rahmat-Nya kepada manusia. Betapa Allah menyayangi makhluknya! Aku terbayangkan air perigi yang hampir-hampir kering musim kemarau lepas. Kadang-kadang timbul juga kerisauan, takut tersekat di tengah jalan lantaran banjir kilat yang selalu berlaku di kawasan Inanam dekat ibu negeri.
Aku dan isteri dah merancang ke Kota Kinabalu untuk menyelesaikan urusan kereta dan ambil modul di OUM Kota Kinabalu. Untuk itu kami perlu bermalam di sana membawa anak bongsu yang baru berumur 4 tahun. Anak-anak yang lain terpaksalah ditinggalkan. Mereka sudah biasa. Izwan yang berada di tingkatan dua boleh diharap menemankan dua orang adik perempuannya tu. Hanis pula, walaupun baru berada di Tahun Enam sudah pandai memasak. Seorang lagi, Eja nama panggilan manjanya baru 10 tahun. Sedikit kebanggaan di benakku dengan anak-anakku yang tahu berdikari!
..............................................................................................................................
Urusan semua sudah selesai!
Hujan masih belum berhenti sejak semalam. Sedikit kerisauan melanda di benakku mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan di rumah. Apakah nasib tiga orang permata hati yang ditinggalkan. Selamatkah? nyenyakkah tidur mereka? Bagaimanakah pula makan-minum mereka? Aku perlu segera pulang!
...............................................................................................................................
Sampai di Kota Belud. Inilah pulak yang terjadi...
Dapatkah kereta persona isteriku mengharunginya?
Dengan berbekalkan Al Fatihah untuk menenangkan hati dan doa-doa apa yang kutermampu, aku bertawakal ikut di belakang kereta ini. Air sedalam lebih 1 kaki di depan tu rupanya!
Dah jadi lautan rupanya... banyak rumah yang dah dimasuki air sebenarnya, tapi tak sempat ambil gambar. Aku cuma fokus memandu, perkara lain aku dah tak peduli. Aku cuma nak sampai ke rumah!
Bukan satu kawasan saja yang dah dinaiki air, yang ini dekat Bulatan Popok-Damai-Sorimsim, Kota Marudu.
Dekat simpang Damai. Di depan sana beberapa buat trak dan bot penyelamat sedang beroperasi.
...........................................................................................................................
Akhirnya aku sampai di rumah. Mujur persona isteriku tak lemas dalam banjir!
Demam.
38 comments:
klik milo. xdpt leave komen kat chatbox.
salam..
teruk jugak banjir ni..
saya baru saja dari kudat khamis lepas.. nasib baik belum banjir..
Edriena Hazelina, thanks
bro Mus,
memang agak teruk kali ni bro.. ramai mangsa di pusat pemindahan di dewan Kota Marudu dan dewan St Theresa,KM kalau tak silap lebih 500 orang.
Mujurlah boleh tembus juga tu jalan di Kota Belud tu.
hehehe kalau viva ku sudah ku tolak kereta tu mengharungi banjir ni hehehe
salam tuan rumah ;)
syukur buat saudara..
ALLAH MAHA MENGASIHANI..
mka,
yukk tn. main rodok seja ka.. hihihi. Kalau kancil yang ko tolak tu, melompat terus dia tu mangkali.
NuRhAnIsAhSaFiAnShAhNuM,
wsalam.. setiap ujian dan dugaan dari-Nya pasti ada hikmahnya
wahh dahsyat la banjir..
adventure btl pjalanan.
nsib baik tak de pape..
ziha
thanks. Nasib baiklah Allah permudahkan jalan.
hujan saja sekarang nie..sistem pembentungan x betul tu lah banjir
DAH BANJIR TERUK KAT SABAH KAN...
TENGOK KAT BULETIN UTAMA TADI...
hehe..kat inanam banjir ya..fuh nasib bek tawau x
bcadang balik km hari sabtu tu..tp sbb hujan lebat betul,rasa berat hati juga..rupa2nya banjir dlm pjalanan ke km..
sabar ja korang dsana aa...
>fara-eng,
mungkin benar juga tu
> Ain.
kali ni memang agak teruk banjir di Sabah ni.
Tapi kadang-kadang best jugak main air ni kan?.. ekeke
>cydane,
orang Tawau ke?
>marmar,
nasib baik ko nda balik hari sabtu tu.. tapi kalau pakai 4wd, indada masalah jugak tu. jangan jak sebelah malamnya. Air paras pinggang tu masa tu.
Ada kawan yang terpaksa bermalam dalam kereta di KB hari tu...
Ainaa...dalam banjir tu. nasib la x mslh masa blk.
Moja.
ya ba. nasib baik air blm naik masa tu.
pak dogol masa kecil2 pon selalu kene belasah dengan mak sebab sering membanjirkan tilam waktu tidur malam..
muahaha!
pak dogol,
Adehh... hahahaha. sama la tu agaknya.. hihihih
dah surut belum
http://rahsia-kejayaan-sebenar.com
Puteri Amani,
Menurut seorang teman pada jam 11 pagi 19 jan (hari ni), banjir di KB tu masih belum lagi surut.
Kalau aku tak tau lah camne punya gabrah.. tak penah kena banjir..
Nazz..
tu la pasal, gabra + gelabah juga tu meredah air, tapi terpaksa juga redah... hihihih
nasib la cuaca skrng ni ok2 skit.
tp nda tau la di KB tu aahh..
nah ini barulah gambar..buat tatapan org2 yg berkurung ja dlm rmh time banjir tu..terutama tu suami pingitanku hehe..
mesti tu SW tukang gambarnya kan.. tq SW.. dengar2 tu driver blk rmh terus beselimut kasajukan..ekekeke goringon.
Moja.
Harap-haraplah cuaca akan terus baeransur baik :)
irnanis@mama
Adeiii... hahaha.
SW jadi boss seja tuh. 911 jadi supir merangkap wartawan dan photographernya...
p/s kim salam kunu sama suami pingitan tuh... ekekeke
salam 911. teruk betul banjir dekat sabah tahun ni.. harap2 cuaca akan baik esok..syukur kpd Allah krn kamu dan keluarga xde apa2.
Alhamdulillah semua selamat..
uih~dasat~
risau2 musim banjir skang nh~
kijang,
wsalam. Alhamdulillah semuanya selamat.
Kelantan pun selalu banjir jugak kan? Ramai juga rakan dari Kelantan yang berkerja di Sabah ni.
Ar-Qustany
Syukur Alhamdulillah bro..
~Ana Mujahid~
ya, benar tu bro. Petanda untuk mengingatkan manusia kot? :)
banjirr-banjir dimana-mana banjir
aqila,
betul tu... tapi seronok juga main air sekali sekala.. XD
Post a Comment