NORLIZA ABD. RAHMAN - Utusan Online
PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.
Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.
‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.
‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.
Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.
‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.
‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.
‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.
..Kasi can la kakitangan kerajaan dapat ganjaran untuk perkhidmatan sepanjang tahun mereka..
7 comments:
sebenarnya kalau kerajaan bagi bonus sama rata, dapat menjimatkan lagi bajet kerajaan
cth kalau , bagi bonus sama rata RM 1500 pada setiap k/tgn tanpa kira pangkat , lebih jimat daripada bagi bonus ikut gaji/pangkat.. membazir, kalau org gaji 5-7 ribu...fuiyo..berapa byk dah bazir..sedangkan bajet yg ada bleh bagi sama rata
hahaha...sekadar pendapat 20sen ku
tq budakhutan...bernas jgk pendapatmu itu..
Kita tunggu jak....hehehe
aiya tu senyum ja ..ntah2 dalam fikiran pm jg harapa kamu dapat duit raya ni tahun...ahahahaha
orang kerja lama gaji byk la...mereka tak dapat 5-7 ribu kalau tak layak untuk gaji tu...kena kira juga usaha dan penat lelah...so bonus mengikut jumlah gaji dan pangkat ok jugak sebenarnya...yang gaji rendah, tanggungjawab kerja kurang, they don't have that much to lose...just pandangan...
dah diputuskan RM500 dua kali bayar utk kakitangan sokongan saja....
Kerana aku nie kerja sendiri...aku kena la bg bonus sendiri...jgn mimpi le nk dpt rasa duit terpijak dr kerajaan..huhuhuhu
Post a Comment