Wednesday, September 30, 2009

Catatan Raya : Rumah Terbuka

Mau share foto2 yang sempat diambil dalam majlis rumah terbuka yang tak seberapa ni.. Ucapan terima kasih kepada yang sudi berkunjung dan memeriahkan majlis pada hari tu. Antara tetamu yang sempat hadir ialah rakan-rakan sekerja, jiran, rakan SAM-KUSNET dan geng Utara FM (terima kasih kerana sempat buat siaran live radio dan video streaming dari villa 911).




















Sunday, September 27, 2009

Catatan Raya 4 : Bersama Datuk Rosnah


Semasa kunjungan raya ke Papar untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Mohd Danish. Saya berkesempatan pula mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Datuk Rosnah Haji Abdul Rahsid Shirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Sambutan Hari Raya yang diadakan di kediamannya di Kampung Pengalat Kecil Papar dikunjungi oleh lapisan rakyat jelata yang tinggal berhampiran dan VIP. Saya dan isteri berkesempatan beramah mesra dengan YB Datuk Rosnah walaupun sebentar. Ternyata beliau seorang yang ramah dan melayan tetamu dengan mesra tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

Terima kasih YB Datuk Rosnah.


(..kalau tuan LUGU@Ellie tengok gambar ni, mesti kenal dengan salah seorang kemanakan beliau yang di atas.. heheh)

Catatan Raya 3 : Perkahwinan Pala@Mohd Danish


Time-time raya sakan kali ni berkesempatan pula berkunjung ke Majlis Perkahwinan Mohd Danish, bapa saudara kepada isteri. Wah.. akhirnya naik juga ke jinjang perkahwinan 'pakcik' yang seorang ni.

Sebenarnya bapa saudara kami ni baru berumur dalam lingkungan 30 an. Masih muda lagi ba.





Semoga 'uncle' dan isteri berbahagia ke anak cucu.


Catatan Raya 2

Rumah DJ Aldusuni - Kg Salimandut, Tandek

Geng Utara FM bersama Penduduk Kg Salimandut





gambar ehsan Lensa Aldusuni http://romoumatodagai.blogspot.com/2009/09/warna-raya-2.html



Friday, September 25, 2009

Beraya bersama Utara FM dan keluarga Dassin.

September 24,

Utara FM kali ini diberi kesempatan beraya bersama Keluarga Dassin (keluarga kak Ara) di Aravilla di hari raya ke 5 dan bersiaran dari sana. Perkara yang lebih mengujakan ialah berkesempatan bersama YB Datuk Hj Musbah Bin Haji Jamli, ADUN N6 Tempasuk yang juga merupakan pengerusi kelompok keluarga Dassin ini. YB Datuk Hj Musbah juga adalah Pembantu Menteri Pertanian dan Perusahaan Asas Tani Negeri Sabah.

Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut dihadiri kira-kira hampir seratus orang yang terdiri dari keluarga terdekat kak Ara. Difahamkan kak Ara sahaja mempunyai lebih 100 orang anak saudara. Wah.. memang besar keluarga Dassin ini. Utara FM diwakili oleh DJ siiputt, DJ MKA, Wady, 911, Seraiwangi dan Kancil.

Dalam kesempatan bersiaran secara live dari rumah kak Ara tersebut, Utara FM berkesempatan menemuramah YB Datuk Hj Musbah serba sedikit tentang sambutan hari raya dan program-program pembangunan dalam perancangan dan yang sedang dilaksanakan khususnya di kawasan yang diwakili oleh beliau. Beliau juga dikhabarkan telah menaja 27 keping tiket untuk menonton Konsert Mini Felix and Friends yang akan berlangsung pada 26hb September 2009 di Dewan Serbaguna Kota Marudu ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada majlis tersebut antaranya ialah pertandingan Rubic Cube dan shuffle untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun banyak program lain terpaksa dibatalkan berikutan keluarga tersebut sedang berkabung kerana 2 orang ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia.

Utara FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Hj Musbah atas kesudian beliau beramah mesra dan ditemuramah oleh Utara FM, tak dilupakan juga kepada kak Ara dan Abang sekeluarga atas jemputan ke majlis tersebut.

Dikhabarkan keluarga kak Ara juga telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga pada malam semalam yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada beliau.

Wednesday, September 23, 2009

Hadiah Dari Teman



Hati rasa sungguh terharu apabila menerima sesuatu dari seorang teman yang mulanya hanya dikenali secara online sejak lebih setahun lepas. Persahabatan secara virtual ini samada lebih telus berbanding secara off-line atau sebaliknya? Mungkin kerana diri akan berbicara mengikut apa yang tercetus di dalam hati atau yang sebaliknya.

Pada seorang rakan yang telah memberikan sesuatu itu, terima kasih tak terhingga kuucapkan. Bukan kerana nilai hadiah yang kuterima, tetapi atas nilai tanda ingatan seorang rakan.

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran Dari Penasihat Kg Dangir

Saya selaku Penasihat Komuniti Kg Dangir juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada YB, MP, Ketua Kampung, S/U, tukang masak, penduduk kg Dangir dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Maaf Zahir batin andai kiranya terlepas cakap, tersigung, tersondol, termarah, terkuis, terlebih, terkurang, terdangir dan sebagainya.

Sebagai penasihat, saya ingin memberi sedikit nasihat:-
1. Berhati-hati di jalan raya (jangan langgar sapi sana gerai ponet).
2. Kalau makan tu, kurangkan gula, garam dan kurangkan juga bercakap nanti kesodokan.
3. Janganlah kamu bermain mercun dan bunga api, sesungguhnya orang yang membakar bunga api dan mercun itu adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bergembira dan dangir.
4. Kalau makan kuih siput tu janganlah lupa sama kuih burger jugak.
5. Kalau ada duit raya yang lebih-lebih tu, marilah kita sedekahkan fatihah kepada yang telah tiada..
6. Jangan lupa mandi 2 kali sehari dan gosok gigi.

Sekian, Terima kasih.

dari Kantor Penasihat
911

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri

911 dan Keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua teman-teman bloggers dan umat Islam di mana sahaja berada.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Tuesday, September 15, 2009

Esok Raya!


Adehh... meracau dah aku ni...


Huh... sedar tak sedar hari ni bulan Ramadhan dah masuk hari ke 25. Ertinya dah 24 hari umat Islam dah meng'complete'kan puasa (bagi yang benar-benar complete la... Hehehe). Lagi 4- 5 hari dah nak raya.

Barulah pula teringat nak jenguk-jenguk to-do-list Hari Raya kali ni:

  1. Kuih Raya - setel la agaknya (orang rumah selalu alert benda-benda begini, aku tukang makan jak).
  2. Baju Raya - Adehh... baju raya tahun lepas boleh pakai lagi agaknya. Malas dah nak sopping. Trafik kat KK tu boleh membatalkan puasa orang (yelah, kalau asik hilang sabar..)Baju anak-anak dah setel tu... Orang rumah dah soppping awal-awal sebelum puasa lagi.
  3. Duit Raya - Adehh.. baru teringat bil telepon menjangkau RM2++, kad kredit RM3++ bil letrik lebih dekat2 RM100, ansuran kereta, Astro, hutang bank.... adeh, adeh..adehh.. Mana yang sempatlah.. nanti belakang pikir benda nih...huhuhu
  4. Belanja balik kampung - yang ni aku bersyukur sangat kerana dah memang tinggal di kampung tak payahlah pikir tentang tambang bas, airasia, minyak kereta... hehehe
  5. Mercun.... ekekekeke..
Apa-apa pun...SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA dan MAAF ZAHIR BATIN....

Kad Raya lagi.


Anjung Pitas

Dari Anjung Pitas. Terima kasih tuan..

Sunday, September 13, 2009

Streamyx Oh Streamyx



13 September 2009.

Baru balik dari Kota Kinabalu petang tadi kira-kira jam 5.50 petang aku dapat SMS dari rumputt (boss besar utara.fm) menjemput ke majlis berbuka puasa di rumah sanguru (tekong SAM). Tq tuan rumputt.. tapi maaf tak dapat datang kerana kurang sihat.

Sakit kepala menyerang tiba-tiba. Migrainkah aku? Adehh.. Lepas saja sungkai (berbuka puasa) di rumah, mandi dan terus mengampai atas katil. Tak sedar diri hingga jam 12.30 tengah malam. Terbangun tengah malam, tak tahu apa nak buat, aku buka PC. Hajat hati nak buka laman wajibku blog kesayangan – Tebilan dan blog anak didikku, Sumandak Suangpai serta laman Komuniti Utara Sabah (KUSNET) sambil dengar radio komuniti, utara.fm. Manalah tau dapat juga info lanjut berkenaan Majlis Berbuka Puasa di rumah sangguru sambil-sambil menganjang di cetrum KUSNET. Aku difahamkan utara.fm mengadakan mesyuarat tentang Mini Konsert Felix dan Rumah Terbuka dan Pelancaran KUSNET.

Konsert Mini Felix AF3 akan diadakan pada 26 September nanti di Dewan Masyarakat Kota Marudu dan Rumah Terbuka Hari Raya dan Pelancaran KUSNET pada 3 Oktober nanti di Dataran Bengkoka, Pitas. Maklumat lanjut sila layari http://utarasabah.net. Ehemm… tolong promo sikit ja ni.

Buka ja internet, streamyx pula down, adeh…

Nasib baik dapatlah juga buka blog Tebilan ni gunakan dial up CDMA yang berkelajuan 5 kbps (kononnya 115 kbps?). Tapi tak dapatlah menjalankan misi rutinku – menyubuk dan meng’klik’ benda-benda yang boleh membawa keuntungan kepada kawan-kawan.. hehehe..

Streamyx ohh streamyx… kalau dah start down ni mau 2-3 lanjutannya down. Kadang-kadang siang ok tetapi malam jadi siput jalan bertongkat. Kadang-kadang CDMA 5 kbps jalan lagi laju dari streamyx 1 Mb. Betul-betul bikin sakit hati. Mana lagi aku baru ja mau layan sakit kepala yang dah nak lega. Bayar tiap-tiap bulan bukannya mau kurang 1 sen pun. Tapi perkhidmatan tak sama standard dengan bil. Tak tahulah pula streamyx rakan-rakan yang berada di luar sana.

Adehhh… sakit kepalaku datang balikkkkk.

Friday, September 11, 2009

Kad Raya....


Hari ni dapat satu kad raya dari seorang teman blogger, cik Alya. Terima kasih Cik Alya.

Wednesday, September 2, 2009

Ada Bonus Raya?

NORLIZA ABD. RAHMAN - Utusan Online


PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.

Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.

‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.

‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.

‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.

‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.

..Kasi can la kakitangan kerajaan dapat ganjaran untuk perkhidmatan sepanjang tahun mereka..