Sunday, September 13, 2009

Streamyx Oh Streamyx



13 September 2009.

Baru balik dari Kota Kinabalu petang tadi kira-kira jam 5.50 petang aku dapat SMS dari rumputt (boss besar utara.fm) menjemput ke majlis berbuka puasa di rumah sanguru (tekong SAM). Tq tuan rumputt.. tapi maaf tak dapat datang kerana kurang sihat.

Sakit kepala menyerang tiba-tiba. Migrainkah aku? Adehh.. Lepas saja sungkai (berbuka puasa) di rumah, mandi dan terus mengampai atas katil. Tak sedar diri hingga jam 12.30 tengah malam. Terbangun tengah malam, tak tahu apa nak buat, aku buka PC. Hajat hati nak buka laman wajibku blog kesayangan – Tebilan dan blog anak didikku, Sumandak Suangpai serta laman Komuniti Utara Sabah (KUSNET) sambil dengar radio komuniti, utara.fm. Manalah tau dapat juga info lanjut berkenaan Majlis Berbuka Puasa di rumah sangguru sambil-sambil menganjang di cetrum KUSNET. Aku difahamkan utara.fm mengadakan mesyuarat tentang Mini Konsert Felix dan Rumah Terbuka dan Pelancaran KUSNET.

Konsert Mini Felix AF3 akan diadakan pada 26 September nanti di Dewan Masyarakat Kota Marudu dan Rumah Terbuka Hari Raya dan Pelancaran KUSNET pada 3 Oktober nanti di Dataran Bengkoka, Pitas. Maklumat lanjut sila layari http://utarasabah.net. Ehemm… tolong promo sikit ja ni.

Buka ja internet, streamyx pula down, adeh…

Nasib baik dapatlah juga buka blog Tebilan ni gunakan dial up CDMA yang berkelajuan 5 kbps (kononnya 115 kbps?). Tapi tak dapatlah menjalankan misi rutinku – menyubuk dan meng’klik’ benda-benda yang boleh membawa keuntungan kepada kawan-kawan.. hehehe..

Streamyx ohh streamyx… kalau dah start down ni mau 2-3 lanjutannya down. Kadang-kadang siang ok tetapi malam jadi siput jalan bertongkat. Kadang-kadang CDMA 5 kbps jalan lagi laju dari streamyx 1 Mb. Betul-betul bikin sakit hati. Mana lagi aku baru ja mau layan sakit kepala yang dah nak lega. Bayar tiap-tiap bulan bukannya mau kurang 1 sen pun. Tapi perkhidmatan tak sama standard dengan bil. Tak tahulah pula streamyx rakan-rakan yang berada di luar sana.

Adehhh… sakit kepalaku datang balikkkkk.

Friday, September 11, 2009

Kad Raya....


Hari ni dapat satu kad raya dari seorang teman blogger, cik Alya. Terima kasih Cik Alya.

Wednesday, September 2, 2009

Ada Bonus Raya?

NORLIZA ABD. RAHMAN - Utusan Online


PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.

Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.

‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.

‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.

‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.

‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.

..Kasi can la kakitangan kerajaan dapat ganjaran untuk perkhidmatan sepanjang tahun mereka..