Sunday, May 23, 2010

Trip to Taman Kinabalu - Stesen Sorinsim

"Hari ni kita jalan-jalan ke Sorinsim.."
Pagi hari sabtu itu, dengan selamba saja saya mengajukan ayat ini kepada isteri, sambil-sambil pejam celik biji mata berulangkali sebab baru bangun tidur.

"Bah"
Dengan selamba juga si isteri bersetuju. Anak-anak pula, bukan main seronok lagi.

Perjalanan ke Kota Marudu mengambil masa lebih kurang 40 minit hanya untuk membeli belah apa yang patut untuk perkelahan keluarga. Bukannya selalu berkelah. Anak-anak dah tak sabar.

Kampung Timbang Batu (kalau tak silap) dari Jalan Kota Marudu -Poring

Perjalanan ke Sorinsim yang jaraknya lebihkurang 35 km dari kota Marudu walaupun taklah jauh sangat tapi terasa sangat jauh. Apa ke tidak, 28 kilometer daripadanya adalah jalan off-road, dengan kerja-kerja pembinaan jalan raya Kota Marudu-Poring sejauh 6 kilometer dan selebihnya adalah jalan yang lebih sesuai untuk kenderaan 4WD.  Kelebihan melalui jalan-jalan off-road ini suatu ketika dahulu memberi sedikit kelebihan kepada saya memandu sebuah Avanza. Mujurlah jarak kelegaan kenderaan dengan tanah yang agak tinggi juga pada kereta saya memudahkan perjalanan. Saya cuba membayangkan apakah akibatnya kalau Persona isteri yang dibawa. Kompem patah balik sebelum sampai ke destinasi. 

Perjalanan melalui jalan off-road sejauh lebih kurang 28 kilometer mengambil masa yang banyak. Hampir 2 jam. Semuanya gara-gara keadaan yang agak mencabar dan memerlukan kemahiran memandu di jalan 'logging'. Pada suatu ketika, saya hampir-hampir patah balik apabila melalui jalan yang sempit dan curam. Walaubagaimanapun, segala kesukaran dalam perjalanan terubat apabila sampai ke tempat yang diidam-idamkan. 

Sorinsim memang menakjubkan. Saya terlalu asyik mengambil gambar, hingga hampir terlupa untuk merasai kesejukan air sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan. Saya kongsikan keindahan Sorinsim..



Friday, May 21, 2010

Selamat...

Sebenarnya kek ini tiada kena mengena dengan sambutan hari lahir, cuma nak meraikan seseorang yang istimewa sempena hari jadi, hari ibu dan hari guru - semuanya dilewatkan kerana terlupa, tak perasan dan tak teringat nak beli kek. Mungkin. Bila teringat nak makan kek barulah tercari-cari. Atau sengaja seronok-seronok nak tangkap gambar?

Beginilah kehidupan, ada perkara yang selalu yang diambil remeh sedangkan sesuatu itu mungkin sangat bererti pada seseorang. Samada sengaja atau tak sengaja ianya tetap merupakan satu kelalaian. Huhhh! 

Tapi kalau ianya sekadar untuk mengingati seseorang atau menyatakan bahawa dirinya sangat berharga rasanya tak ada salah, kan?

Thank you for being part of my life...

Monday, May 17, 2010

Gaya Street Fair

16 May - Sedang dalam kerancakan menyambut Pesta Bengkoka yang cuma 2 km dari rumah, kami sekeluarga melarikan diri ke kampung yang satu lagi, Kampung Sonduow, Penampang dekat Kota Kinabalu. Rumah kedua di sana. 

Sebenarnya bukan 'melarikan diri' dari Pesta Bengkoka yang menjadi kebanggaan rakyat Pitas. Memang 'happening' pesta tersebut. Cuma hadirnya urusan-urusan yang perlu disegerakan menyebabkan saya sekeluarga bergegas ke Kota Kinabalu. 


Entah tiba-tiba pulak si isteri berkeinginan ke tamu Gaya Street pada pagi ahad tersebut. Saya tak pernahpun terfikir tentangnya. Tamu mingguan tu dah berpuluh tahun ada di situ tetapi saya tak pernah mempunyai keinginan untuk pergi. Yang terfikir dalam kepala ialah kesesakan manusia yang berkunjung ke sana! Mujurlah sang isteri memberi idea pergi Gaya Street pada hujung minggu tersebut, kalau tidak mungkin saya tak sempat merasa ke sana sampai bila-bila....

Masa di tamu, mata melilau-lilau mencari sesuatu keunikan yang terdapat di tamu tersebut dan snap!


yang ini comel...

yang ini lagi comel...


Jom ke Gaya Street!

Sunday, May 16, 2010

Pesta Bengkoka 2010, Pitas, Sabah.