Ketam ni saya sendiri tangkap. Dapat cuma 4 ekor, nak bagi-bagikan dengan 4 orang anak + 2 orang ibubapa diorang. Akhirnya si bongsu ni juga yang selalunya dapat lebih. Biasalah kan, budak bongsu memang macam tu.
Macamana tangkap ketam? Aktiviti menyuluh ketam ketika air surut sebelah malam ni memang agak popular di kampung. Kalau dulu orang kampung pakai 'lampu gas' (istilah orang kampung). ni lah bendanya.
sumber : google
Tapi sekarang dah tak ramai yang gunakannya. Pakai saja apa-apa lampu yang boleh mengeluarkan cahaya.
Gambar ketika menyuluh tak ada, sibuk nak cari ketam tak sempat nak ber'posing'.