Pengunjung kecil yang tak diundang, begitu kata-kata yang paling tepat untuk si burung kecil ini yang sempat membawa keceriaan kepada anak-anakku - Aleya, Naziatul dan Hanis. Burung yang aku tak berapa tahu namanya apatah lagi spesis saintifiknya, tiba-tiba tersesat masuk ke dalam rumah dan hinggap betul-betul di atas meja di ruang tamu nampak keletihan mungkin kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar terbang.
Kamera lantas dicapai dan dapatlah beberapa foto yang agak 'eksklusif' kerana pengunjung kecil ini tidak kelihatan resah sepanjang proses 'penggambaran'. Burung ini kemudian terbang semula setelah beberapa minit berehat mengumpul kekuatan dan tenaga.
Kehadirannya walaupun sebentar, sempat meninggalkan keceriaan dan kenangan buat kami sekeluarga. Terima kasih pengunjung kecil!

10 comments:
comei burung nie.. hehe
owh..moga2 dia dapat terbang dan hidup d luar sana~
cutenya...
saya suka gambar & cerita ni..
saya jg ada bbrapa cerita ttg burung yg meninggalkan kenangan dlm hidup saya..
amat cumillll =)
seri suka burung terutama burung serindit dan tiung. dah pernah pelihara dari kecik sampai besar, cukup jinak tak payah pakai sangkar.
alahai, so cute lah!!!!!
sabah..
syurga naturalist..
taa!
cutenya burung tu...
http://dd2909.blogspot.com
mmng bezeriki kau oo tn..bkn sanang2 mau tangkap gmbr burung oo..silap2 hb..na..ditahinya saja kita...haha
cantiknya burung tuh....
Post a Comment