Monday, October 19, 2009

Mangga Pusaka


Musim buah dah nak berakhir, pokok mangga nan sebatang depan rumah pun dah menunjukkan tanda-tanda akhir musim. Buah-buah yang ranum jatuh silih berganti. Nak petik buah tu tak sampai hati pula rasanya. Bukan kerana tak mahu makan, tapi kerana sang kerengga yang jadi penjaga pokok dan buahnya. Terima kasih pada sang kerengga yang menjaga buah-buah mangga yang masak dari serangan lalat buah dan pencuri buah mangga yang tak diundang.

Buah kali ini agak lain dari biasa kerana tak ada sebiji pun yang rosak berulat seperti musim-musim yang lepas yang rata-ratanya hampir tak boleh nak makan. Pokok mangga yang usianya lebih tua dari aku ni kali ni benar-benar menyampaikan sedekah jariah kepada penanamnya, arwah bapa dan mak. Ramai juga la kaum keluarga dan rakan-rakan yang sempat merasa buah kali ini, walaupun sedikit seorang, maklumlah pokok ni berbuah berperingkat-peringkat.
Sang kerengga yang susah sangat bagi kerjasama untuk diambil fotonya yang macho.


Sementara yang lain dah ranum dan gugur ke bumi, yang ini masih muda.


Rezeki aku...


Cam sedap.. ekekeke..

18 comments:

Unknown said...

buli kaitu minta tuan?
adeh.. mcm sedap ne..

siggplus said...

air liur aku menitik2 tgk..

cicah cili kicap sedap weh

--siLEnt_ 5iLh0ueEtte-- said...

cedap nyeee.
nk jugak???

¶A.K.I¶ said...

loRhhh..
xbg poWn kt aki sket!
tnjuk gmbo je ke..
cedey! =(

IxoR@ said...

Hubby ixora geram tgk buah mangga nih! Ada ke dia suruh sy kupaskan mangga tu...nak mkn katanyer!

:D

affanibnu said...

mangga apa nih.?

911 said...

>Dj Kupang
Buli ba kalau kau.. ekekeke

911 said...

>siggplus
Memang sedap ba itu cicah cili kicap

911 said...

>--siLEnt_ 5iLh0ueEtte--
>~@k1 is @utuMn!~
meh amik sorang sepuluh.. hahaha

911 said...

> IxoR@
mangga yg dah siap kupas memang 2x ganda sedapnya... huahuahua

911 said...

>kakve_santi
local sini cakap mangga Manila, kalau kat kelantan disebut pauh Siam... tatau plak tmpt lain.

g@dis blUr said...

wahhhh...sdpnyerr....
mgga nie xmasam kn?

911 said...

> g@dis blUr
manis, kompom. tp kalau muda tu masam la juga..

MarZ said...

jeles oo tingu ni mangga..

911 said...

Adehh Marmar... banyak tu belakang rumah kali... ekekek

AKU said...

yuk..tn..buah mangga mu ini..adess..mcm mau kunyah terus dgn pc2 ku gara2 gambar buah mangga mu ini..kihkih..mau pigi kadai buah dulu ini mencari buah mangga...kihkih

911 said...

Hahahaha tn AKU... kunyah jak tuan..

SERACURLYLA said...

- kemanisan mangga yang aku tapau tempoh hari masih terasa lagi..
- tuan, mtk lagi mangga kalau ada...
- mmg sedap dan manis...