Setinggi-tinggi tahniah kepada crew-crew radio online Sabahan Utara.FM yang telah berjaya merealisasikan impian bersiaran terus-menerus bersama DJ selama 48 jam tanpa henti. Semangat dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang telibat termasuklah penasihat Komuniti Utara Sabah yang juga Pengerusi Gabungan NGO Sabah, Encik Androd Sadian, telah membuahkan hasil yang diimpikan.
Program bersiaran 48 jam tersebut telah diadakan mulai jam 6.00 petang 14hb Ogos (Khamis) hingga 6.00 petang 16hb. Ogos 2009(Ahad) bertempat di Marudu Inn, Kota Marudu. Pelbagai segmen temubual bersama artis tempatan dan tanahair seperti Ridah dan Nazrey(Raihan), pemimpin politik (ADUN Tandek - YB Anita Baranting) , pakar perubatan (Dr. Safree Jafree, Dr. Nelson), Ketua Jabatan (PPD Pitas -En Halim Bidin).
Selain segmen temubual, terdapat segmen-segmen menarik lain seperti segmen 80-90'an dan segmen kantoi dan lain-lain menghiasi sepanjang bersiaran selama 48 jam tersebut.
Penulis agak tertarik bila Utara FM disiarkan secara live di sebuah sport bar di Kyoto, Jepun pada jam 10 malam hingga tengah malam 15hb. Ogos (Sabtu) dengan kerjasama seorang DJ yang kebetulan menetap di sana, DJ Lugu. Menurut apa yang dikhabarkan oleh DJ Lugu, orang-orang Jepun seronok mendengar lagu-lagu tempatan Sabah yang diperdengarkan apatah lagi dengan keletah DJ siiputt dan DJ PP yang cuba-cuba bertutur bahasa Negara Matahari Terbit dengan bantuan DJ Lugu.
Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan juga penyumbang-penumbang, tebilan.blogspot.com mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih bagi pihak admin KUSNET.
Radio online Sabahan - Utara.FM boleh dilayari di http://utarafm.net atau http://utarafm.blogspot.com. Laman Komuniti Utara Sabah yang merupakan laman induk utara.FM boleh diakses di http://www.utarasabah.net.
0 comments:
Post a Comment