Saturday, August 15, 2009

Panggilan Misteri


Khamis, Ogos 13, 2009. Sedang duduk bersantai, tiba-tiba telefon berbunyi. Eh, siapa pulak yang memanggil ni?.. Ingatkan AJK Program Utara.FM bersiaran bersama DJ selama 48 jam di Kota Marudu ingin memaklumkan sesuatu.


"Boleh saya minta masa cik Noor selama 7 minit sahaja?" kata seorang perempuan setelah mengenalkan diri (Tak sempat pulak saya mengingat namanya, huh..) Katanya dia dari Service Card. Muskil betul, dia mempenalkan diri dari service card untuk kad kredit yang saya langgani. Setelah bla-bla-bla dalam 5 minit baru saya faham rupanya dia bukan mewakili sylarikat kad kredit tetapi dari syarikat yang menawarkan kad diskaun. Taktik la itu.

Lepas tu, dia meminta saya bercakap kepada pengurusnya kerana saya tak berapa faham sangat tentang kad diskaun tu.

Bermulalah sandiwara, si 'pengurus' tu bla-ba-bla selama beberapa minit. "Kalau tak faham sila tanya", katanya. Mulalah saya yang tak berapa nak faham ni bertanya soalan yang bermacam-macam. Dalam masa yang sama, saya sempaty juga merujuk internet dan terjumpa satu forum yang menarik tentang syarikat kad diskaun ni. http://forum.lowyat.net/topic/744613

Ceritanya kononnya saya telah terpilih antara 100 orang dari 23 juta pemegang kad untuk diberi harga istimewa RM 588 untuk langganan kad diskaun tersebut seumur hidup yang mana kononnya kos pendaftaran sebenar ialah RM29++ dan RM450 yuran tahunan. Sebelum ni, perempuan tu mengatakan saya adalah antara 5000 orang dipilih. Mana yang benar ni? hihihi..

Saya cuba menolak dengan cara yang baik. Tetapi si pengurus asyik bertanya kenapa tak berminat. Lepas tu dia cakap lagi panjang-panjang ulang-ulang balik ayat dia tu. Macamlah orang tak faham. Siap lagi mengatakan bahawa semua pemegang kad kredit mesti melanggan kad diskaun. Saya tanya, siapa yang bagi arahan? "Awak dah berapa tahun pakai kad? Awak tak tahukah memang dah peraturannya seperti yang tertera pada muka surat belakang pada bil kad kredit awak?" Ehh.. saya tak tahu pulak peraturan tu.

"Sebelum ni saya tak pernah bercakap sampai 1 jam setengah dengan orang. Dah 3 gelas saya minum air. Saya cuma nak tolong. Buat apa saya bersusah-susah bercakap panjang kerana saya tak dapat pun sebarang komisyen." Elehh... taktik la tu.

Bila saya terus berdegil, dia siap ugut, "Oklah. Kalau cik Noor tak mahu yang RM588 sekali seumur hidup tu, cik Noor akan diberi opsyen bayaran penuh RM29++ tu dengan bayaran tahunan RM450 setahun." Dalam hati mau tergelak juga. Lepas tu dia pas balik telefon dengan perempuan yang memanggil saya tu.

Hati sedikit terguris bila si perempuan tu kata, "Cik Noor ni cikgu mengajar bahasa apa, sebab tak faham-faham bahasa?" Dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Saya sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua makhluk Allah ni, semoga mereka tidak menggunakan bahasa yang 'indah-indah' itu kepada orang lain.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menerima panggilan yang semacam ni. Memang macam ni perangai dorang ni. Bila kita kata tak berminat, mereka akan panggil berkali-kali. Barangkali mereka nak kita menyumpah seranah barulah mereka faham. Kepada sesiapa yang di luar sana, berhati-hatilah. Mereka ni senang-senang saja menyedut duit kad kredit kita bila kita dah bagi butiran kad kredit tu. Perkhidmatan yang ditawarkan pula, indah khabar dari rupa. Jangan dedahkan sebarang maklumat.

0 comments: