Friday, July 30, 2010

Saat Aku Garu Kepala.

Baru-baru ini seorang teman lama mengutarakan isu berkaitan masalah, "Siapakah yang lebih bijak, di antara orang yang cuba menghalang masalah daripada menjelma dengan orang yang boleh menyelesaikan masalah apabila masalah menjelma?"


Pada saya, perkara ini sangat menarik untuk difikirkan. Sesiapa pun berhak untuk memberikan pendapat. Setiap orang berfikir dengan caranya sendiri dan yang paling penting, terpulang kepada individu untuk mempercayai yang mana satu yang lebih benar berdasarkan logik pemikiran masing-masing.

Saya pula, hanya seorang 'kecil' yang yang berfikir dengan cara saya. Pendapat saya tak semestinya benar pada pandangan orang lain, tapi saya meyakininya dan akan terus yakin sehingga pada suatu ketika, orang lain memberikan pendapat sebaliknya yang saya fikir mempunyai asas yang agak kukuh dan bernas. Mungkin disebabkan perkara dan percanggahan sebegini menyebabkan bukan semua orang sependapat dengan sesuatu isu. 

Percanggahan pendapat itu satu kesalahan ke? Orang kata, rambut sama hitam, hati lain-lain. Cara orang berfikir tak akan sama. Kalau tak, tak kan wujud ideologi politik yang pelbagai, suami-isteri bertengkar, dan persidangan meja bulat berkaitan isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Masing-masing akan menegakkan kepercayaan sendiri. Ada orang suka parti pembangkang, ada yang suka kerajaan, ada yang suka UPSR dimansuhkan, ada yang sebaliknya, ada yang bersetuju masalah lebih baik dielakkan berbanding diselesaikan.

Perlu diingat, setiap orang mempercayai sesuatu setelah dipertimbangkannya dengan akal fikiran. Kalau berfikir dengan cara tak waras atau terburu-buru tu lainlah pula ceritanya. 

Bagaimana pula untuk menyelaraskan pemikiran manusia yang pelbagai agar menjadi hanya satu keputusan diambil? Bukan senang nak provok orang ni.dan bukan semua isu kita perlu selaraskan pemikiran orang. Sebagai contoh, walau apapun masalahnya, isu pemansuhan UPSR dan PMR perlu mendapat keputusan yang dipersetujui oleh semua orang atau sekurang-kurangnya mendapat persetujuan majoriti.  Pihak yang 'kalah' kenalah hormati kesepakatan majoriti. 

Ramai pula yang suka menyalahkan orang kerana tak setuju dengan sesuatu. (Kadang-kadang saya adalah dalam golongan ini... hmmmm). Bila fikir tentang ini, saya cuma mampu garu kepala.... sebab saya pun masih mencari-cari jawapannya. Patut atau tak patut?..

Perkara yang paling patut ialah hormati pendapat orang lain.

6 comments:

AKU said...

wainaaa tn...betul2 aku garu kepala oleh post mu ini..mmng tinggi mksdnya..sampai nda tejangkau oleh pemikiran ku..hehe

911 said...

Hahaha...
aku pun nda berapa paam tn...

yott said...

rambut boleh sama hitam
tp hati lain-lain..
bercanggah pendapat ni per biasa
tp jd x biasa
bila sesetengah org x dpt terima pendapat org lain..

911 said...

Thanks yott,

kemungkinan cara seseorang itu meluahkan pendapat menyebabkan orang lain agak sukar menerimanya?.. cuma andaian saja.. :)

Mus said...

menggaru kepala aku dibuatnya...

911 said...

Hahaha... samala kita ging...