Sultan Ismail Petra Arch, Kota Bharu, Kelantan
Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts
Friday, July 19, 2013
Thursday, June 6, 2013
Trip ke Malubang, Pitas
Malubang hanyalah sebuah kampung kecil yang dihuni oleh lebihkurang 350 orang penduduk yang ramah. Kampung ini terletak lebihkurang 60 kilometer dari pekan Pitas melalui jalan raya, yang mana sebahagiannya masih belum berturap. Perjalanan mengambil masa lebihkurang satu setengah jam dari pekan Pitas.
Lokasi ini agak terkenal dengan kisah Supirak yang disumpah menjadi batu oleh ibunya (Odu Gerawang) kerana derhaka. Kisahnya lebihkurang sama seperti kisah Tanggang atau Malim Kundang.
Kami disambut oleh beberapa penduduk kampung setibanya di Kampung Malubang, kebetulan salah seorang daripadanya ialah Encik Mokhtar, pengurus rumah penginapan yang terdapat di kampung tersebut. Sebenarnya kami telahpun mengenali beliau sebelum ini.
Terdapat enam tempat yang menjadi tarikan di sini, iaitu Batu Dulang, Batu Talam, Batu Berunsai, Batu Supirak, Perigi Air Tawar dan Batu Gerawang, selain dari keindahan pantai serta laut semulajadinya. Fenomena 'sunset' menjadi buruan kami untuk diabadikan dalam foto. Nasib kami agak baik kerana sempat juga merakamkan bimasakti (Milky Way) berhampiran penginapan kami.
| Kapal Supirak |
| Batu Berunsai. Berunsai adalah tarian tradisi masyarakat kaum Bajau di Sabah. |
![]() |
| Batu Talam |
| Sunset dari Batu Supirak. |
| Suasana malam dari tempat menginap. |
![]() |
| Salah seorang rakan fotografer berlatar-belakangkan Bima Sakti. |
![]() |
| Milky Way dari jeti. |
![]() |
| Pulau Batu Dulang. (Talam-Talam) |
![]() |
| Air laut yang jernih dalam perjalanan ke Pulau Supirak |
- Bawa makanan dan air minuman yang banyak. Walaupun terdapat dua buah gerai makanan yang menyediakan makanan untuk pengunjung-pengunjung, ada kemungkinan kedua-duanya tidak beroperasi.
- Bawa lampu suluh. Anda mungkin berkesempatan untuk melakukan aktiviti menyuluh ketam sekiranya air surut di waktu malam.
- Buat masa ini bekalan elektrik hanya disediakan dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi sahaja setiap malam oleh pengusaha tempat penginapan.
- Bot sewaan untuk melawati tempat-tempat tarikan di sekeliling kampung boleh didapati dengan mudah dengan kadar RM60 hingga RM100 sebuah, bergantung kepada lokasi tujuan anda. Setiap bot boleh memuatkan 6-10 orang (bergantung kepada saiz bot).
- Kenderaan pacuan 4 roda lebih sesuai untuk sampai ke tempat ini. Tapi jangan hairan kalau anda melihat kereta seperti perdana, satria, kancil dan Evo 9 terdapat di sini.
Posted by 911 at 12:20 AM 1 comments
Wednesday, May 8, 2013
Sunday, September 26, 2010
Geng Bas Sekolah
Beberapa gambar berkaitan kanak-kanak sahaja. Sebahagiannya telah diedit, yang lain pula masih original.
Sebenarnya dapat merakam aksi dan emosi kanak-kanak ini memang seronok. Cuma masalah yang selalu timbul apabila kanak-kanak selalunya amat sensitif dengan kehadiran fotografer. Ada yang memberi reaksi yang spontan seperti menunjukkan tanda 'peace'. Ada pulak yang menyembunyikan wajah mereka. Ada yang terus memberikan pose-pose selamba. Ada pulak yang menunjukkan reaksi 'buat tak tahu'. Sebenarnya saya suka aksi yang agak natural, yang tidak terpengaruh dengan kehadiran jurufoto. Yang ini sangat sukar sekali, perlukan lensa yang agak panjang sehingga kanak-kanak tak menyedari aksi mereka dirakam.
Ada gaya model tak?
Wah, adik ni sebenarnya suka bergaya, memang sporting.
Yang ini sangat sukar diambil fotonya.
Peace! Anak saudara saya yang agak sensitif dengan kehadiran kamera. Sangat sukar mengambil foto selambanya.
Wah! Apa yang difikirkan tu?
Aat yang comel.
Malu-malu.
Hahaha... dia tak perasan pun.
Posted by 911 at 12:42 PM 15 comments
Labels: fotografi
Thursday, September 16, 2010
Skodeng Pasangan Berasmara
Gambar-gambar berikut mungkin sedikit mengganggu sensitiviti pembaca. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya gambar-gambar ini keterlaluan. Tak tahulah sekiranya ianya dalam kategori 18 SX atau 13 SX. Anda nilai sendiri. Audience discretion is advised. Segala yang dipaparkan hanyalah atas dasar kesenian fotografi.
Kamera : Nikon D300s, Exp. : 1/320, ISO : 400, F/5.6, Focal length 200mm.
Harap jangan salahkan saya ya.....
Posted by 911 at 10:54 AM 20 comments
Labels: fotografi
Sunday, August 15, 2010
Tutorial HDR Photo Imaging
Umumnya ketika kita mengambil gambar terutamanya jenis pemandangan (bangunan, pantai, langit) perkara yang paling memeningkan kepala ialah setting pada kamera agar langit nampak cantik di samping objek atau tanah yang jelas. Perkara ini adalah disebabkan langit selalunya lebih cerah dan bumi akan kelihatan gelap. Exposure yang terlebih akan menyebabkan langit akan kelihatan terlalu cerah, manakala exposure yang kurang menyebabkan permukaan bumi kelihatan terlalu gelap.
HDR photo sedikit sebanyak dapat menyelesaikan perkara ini. Selain untuk menonjolkan detail pada permukaan bumi (atau objek) dan latar belakang yang cerah, photo editor menggunakan HDR photo editing untuk tujuan menonjolkan elemen yang cantik dan unik menggunakan kreativiti.
Tutorial saya pada kali ini hanyalah sebagai panduan asas teknik HDR mengikut pengalaman peribadi saya sendiri.
Langkah 1
Ambil sekurang-kurangnya dua foto mengunakan exposure yang berlainan. Saya selalunya menggunakan 3 foto yang sama menggunakan exposure -1, 0 dan 1.
EV -1.0 (under-exposed)
EV 0.0 (normal)
EV 1.0 (over-exposed)
Sebaik-baiknya tripod digunakan untuk mengelakkan kesan gegaran pada gambar-gambar tersebut. Saya menggunakan satu cara yang mudah iaitu mengambil hanya satu gambar sahaja dan mengubah exposurenya menggunakan photoshop dan menjadikan 3 gambar yang berbeza exposure.
Langkah 2
Dalam langkah ini, Photomatix diperlukan. Saya memilih untuk menggunakan Photomatix berbanding Photoshop untuk menghasilkan gambar HDR kerana ianaya lebih mudah.
Buka program Photomatix dan klik "Generate HDR Image" pilih "Browse" dan pilih fail gambar.
(klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
Paparan seperti ini akan muncul. Klik "OK"
Seterusnya. Klik sahaja "Tone Mapping"
Seterusnya...
(gambar pinjam dari http://abduzeedo.com)
Ubah slider ke kiri dan kanan mengikut citarasa masing-masing. Sampai part ini, gunakanlah kreativiti masing-masing untuk mengubah setting pada gambar HDR tersebut. Kaedah "try and error" amatlah diperlukan.
Sesudah berpuashati, klik sahaja pada "Process". Photomatix akan mengambil sedikit masa untuk memproses HDR tersebut.
Akhir sekali klik "File"> "save as" hasil kerja yang telah diproses tadi ke dalam format ".JPG".
Berikut adalah antara hasil-hasil kerja tangan saya.
Harap perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang ingin mencuba. Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah seorang yang telah mahir menggunakan teknik HDR ini.
p/s Photomatix Pro tu adalah perisian berbayar, terpulang kepada rakan sekiranya inginkan versi yang cracked punya. Sila gunakan khidmat uncle Google. :)
Posted by 911 at 10:55 PM 14 comments
Labels: fotografi
Thursday, August 12, 2010
Thursday, June 10, 2010
Bermain dengan Kelah di Luanti, Ranau.
Cuti sempena Pesta Kaamatan yang disambut di Sabah selama dua hari, saya sekeluarga berkesempatan melawat Kampung Luanti yang terletak di Daerah Ranau. Ianya terletak di Jalan Ranau-Sandakan, beberapa kilometer sahaja dari Pekan Ranau.
Sungai Luanti ini terkenal di Sabah kerana urutan ikan Kelahnya. Satu keistimewaan kerana ikan Kelah ini sebenarnya antara ikan-ikan air tawar yang menjadi buruan kaki-kaki pancing di negara kita. Cuma yang menjadi kelebihan di sini ikan Kelah ini tak boleh dipancing atau ditangkap dengan apa cara sekalipun. Sistem ini dinamakan 'Tagal' di kalangan masyarakat di Sabah, umumnya. Sesiapa yang didapati bersalah menangkap sebarang hidupan di sungai ini akan dikenakan 'sogit' atau denda. Istilah sogit ini merangkumi denda yang dikenakan ke atas sebarang kesalahan terhadap perlanggaran pantang larang, adat-istiadat dan budaya kaum-kaum di Sabah termasuk perkahwinan. Saya tak berani nak mengulas lanjut tentang sogit ini, sebab pernah terdengar suatu ketika dulu, si pesalah dikenakan sogit seekor babi. Mungkin pada masa sekarang ini ianya sudah tidak dipraktikkan lagi memandangkan sensitiviti agama.
Sistem tagal di kampung ini diuruskan oleh JKKK Kampung Luanti sendiri. Pesta Tagal akan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan. Pesta Tagal ini umpama hari raya, setelah beberapa ketika berpuasa cuma boleh tengok ikan tapi tak boleh nak tangkap. Pada pesta ini, penduduk-penduduk kampung akan dibenarkan memancing dan menangkap ikan sepuas-puasnya untuk sehari sahaja.
Walaubagaimanapun lawatan kami sekeluarga kali ini bukanlah untuk meraikan Pesta Tagal. Cuma lawatan hari-hari biasa di Sungai Luanti untuk bermain-main dengan ikan Kelahnya yang terkenal itu. Seronok rasanya bila dapat menyentuh ikan-ikan ini di persekitaran semulajadinya. Kadang-kadang rasa geli tak tertahan apabila ikan-ikan ini mengusap-usap serta mematuk jari dan tumit kaki.
Posted by 911 at 2:14 AM 11 comments
Wednesday, June 9, 2010
Senja Belakang Rumah
Seharian, saya duduk di rumah sahaja, walaupun urusan masih banyak yang belum selesai. Tak tahu apa lagi nak dibuat, kamera DSLR baru berjenama Nikon (jangan tanya apa model...) langsung disambar dan lari ke pantai depan rumah apabila cuaca agak baik selepas hujan petang semalam.
Nasib saya agak baik apabila kebetulan suasana senja di pantai belakang rumah sangat cantik masa tu.
Syukur ke hadrat-Nya, kerana dapat menikmati suasana sebegini di negara kita yang aman.
Posted by 911 at 6:10 PM 12 comments
Labels: fotografi
Tuesday, February 9, 2010
My Old Tom
Ni lah dia Old Tom saya. Kenapa Old Tom? Sebabnya saya suka watak Old Tom siri kartun Old Tom yang selamba tu.
Layan sajalah.
cool
cehh..
sombong + ego betul dia nihh..
Old Tom Jr.
Mrs Old Tom
Posted by 911 at 11:52 PM 20 comments
Labels: fotografi
Subscribe to:
Posts (Atom)































