
Musim buah dah nak berakhir, pokok mangga nan sebatang depan rumah pun dah menunjukkan tanda-tanda akhir musim. Buah-buah yang ranum jatuh silih berganti. Nak petik buah tu tak sampai hati pula rasanya. Bukan kerana tak mahu makan, tapi kerana sang kerengga yang jadi penjaga pokok dan buahnya. Terima kasih pada sang kerengga yang menjaga buah-buah mangga yang masak dari serangan lalat buah dan pencuri buah mangga yang tak diundang.
Buah kali ini agak lain dari biasa kerana tak ada sebiji pun yang rosak berulat seperti musim-musim yang lepas yang rata-ratanya hampir tak boleh nak makan. Pokok mangga yang usianya lebih tua dari aku ni kali ni benar-benar menyampaikan sedekah jariah kepada penanamnya, arwah bapa dan mak. Ramai juga la kaum keluarga dan rakan-rakan yang sempat merasa buah kali ini, walaupun sedikit seorang, maklumlah pokok ni berbuah berperingkat-peringkat.

Sang kerengga yang susah sangat bagi kerjasama untuk diambil fotonya yang macho.

Sementara yang lain dah ranum dan gugur ke bumi, yang ini masih muda.

Rezeki aku...

Cam sedap.. ekekeke..