Tuesday, July 21, 2009

Ada Konspirasi Bunuh MJ?

Beberapa hari lagi genaplah sebulan Raja Pop Michael Jackson meninggalkan kita semua. Dalam pada itu, pelbagai spekulasi dan kontrovesi menyelubungi pemergiannya. Yang menyedihkan ialah mengapa baru sekarang semua mahu mengenangnya? Mahu memperingatinya? Tidak kurang juga yang mahu mengai keuntungan di atas kematiannya. Di komplek membeli-belah contohnya, banyak lagu dendangan arwah Mikaeel (nama Islamnya) berkemundang di corong pembesar suara kedai-kedai muzik dan video.

Teringat juga kata seorang kawan, "He is richer dead than when he was alive!" Ada kebenarannya. Hasil jualan albumnya dikatakan melonjak-lonjak selepas pemergiannya. Dari satu sumber syarikat rakaman, katanya Sony Music berjaya 'diselamatkan' dengan kematian MJ. Pelik kan?

Dalam pada itu, pelbagai emel saya terima tentang kematian MJ. Ada satu kiriman emel mengatakan yang MJ dibunuh kerana dia beragama Islam. Sama seperti mendiang Puteri Diana apabila dia berhasrat mengahwini jutawan Dodi Al Fayed maka dia dibunuh kerana Ratu England tidak mahu ibu kepada pewaris takhta England beragama Islam. Cerita bakal saya kongsikan di sini dipetik dari sebuah buletin The Brotherhood Of Islam Bulletin of Bahrain.

Michael Jackson (MJ) dikenali seluruh dunia sebagai seorang insan yang pemurah dan lemah lembut serta tinggi budi pekertinya. Tidak ramai yang tahu arwah banyak beramal jariah. Hampir kesemua hartanya disedekahkan ke badan-badan amal dan sepanjang hayatnya dia banyak memperjuangkan hak saksama bangsa kulit hitam di Amerika, mangsa AIDS, bekas penagih dadah, Menentang Pengugguran Haram, menentang Buruh Kanak-kanak, dan banyak lagi. Dia juga secara rahsia banyak menyalurkan hartanya kepada kanak-kanak kebuluran di seluruh dunia. Umum sahaja tidak mengetahuinya.

Arwah selalu membayangkan dirinya seperti Peter Pan, kanak-kanak yang tidak pernah dewasa kerana dia berasakan dia seorang kanak-kanakyang terperangkap di dalam tubuh seorang dewasa. Itulahyang telah memberinya ilham membina Neverland Ranch, syurga dunia buat kanak-kanak. Semua kanak-kanak tanpa mengira usia dan bangsa dialu-alukan kedatangan mereka ke Neverland. MJ terlalu menyayangi kanak-kanak dan dia pernah mengatakan yang hanya kanak-kanak sahaja memahami dirinya. Orang dewasa hanya mahu mengambil kesempatan ke atasnya. Wallahualam.

Pada 1989, MJ telah mengadakan satu sidang akhbar yang telah mengejutkan dunia, "Saya telah melihat kehidupan Islam di dalam abang Jermaine Jakson - nama Islamnya Muhammad Abdul Aziz) saya, saya juga banyak membaca buku tentang Islam dan berharap suatu hari nanti saya juga akan merasai ketenangan seorang Muslim."

Semenjak itu, kehidupannya tidak pernah sama. Dia ditiduh dengan pelbagai pertuduhan bersangkutan pencabulan kanak-kanak. MJ bukanlah seorang yang mampu menanggung bebanan maha hebat ini kerana dia seorang 'kanak-kanak lemah lembut'. Kesemua ugutan dan peras ugut terhadapnya itu membuatkannya kelihatan seperti seorang yang jahat di mata Media sedunia. Semua ini hanya untuk membuatkan dunia membencinya. Kiranya MJ tidak disukai maka pengaruhnya terhadap peminat-peminatnya juga akan pudar.

Untuk beberapa tahun seterusnya, MJ tinggal di Englad. Beliau mendapat banyak rangsangan dan motivasi dari kawan lamanya, Cat Stevens, yang telah lama memeluk agama Islam dan menukar namanya ke Yusuf Islam. Daripadanya, MJ dapat mempelajari bagaimana Yusuf berjuang sebagai seorang beragama Islam di UK. Dia juga berkawan dengan seorang penulis lagu dakwah, Zain Bikha, yang menulis lagu berjudul "Give Thanks to Allah", yang mana beliau mahu MJ menyanyikannya satu hari nanti.

Selepas perbicaraannya, MJ berpindah ke Bahrain. Di sana beliau merupakan tetamu khas kepada Sheikh Abdullah bin Hamad Al khalifa, putera Raja Bahrain. Sepanjang tinggal di sana, MJ banyak memikirkan tentang minatnya yang mendalam terhadap Islam dan mahu memeluk agama barunya itu. MJ tinggal di Bahrain selama tiga tahun dan sepanjang tiga tahun itu dia belajar tentang Islam, cara-cara solat serta belajar membaca kitab suci Al-Quran.

Akhirnya dia kembali ke Los Angeles pada November 2008 dan MJ secara sah memeluk agama Islam dalam sebuah majlis di kediaman teman rapatnya di Los Angeles. MJ juga telah menunaikan Haji dengan Raja serta putera Bahrain pada Disember 2008.

Dia mempunyai agenda tersembunyi apabila mahu melakukan comeback baru-baru ini. Dalam sidang media pada March 2009 dia membuat pengumuman, "Ini adalah konsert terakhir saya. Saya akan berjumpa dengan anda semua Julai nanti>"

Dia rancang pada konsertnya nanti, dia akan mengumumkan inilah konsertnya yang terakhir dan selepas ini dia tidak akan lagi berkecimpung dalam bidang persembahan. Dia juga akan mengisytiharkan secara rasminya bahawa dia seorang Islam dan hanya akan menyanyi di samping Yusuf Islam. Pada penghujung konsert dia akan mempersembahkan lagu "Give Thanks to Allah" secara duet dengan Yusuf Islam. Inilah sebabnya dia memilih London sebagai destinasi terkahir konsertnya dan bukan di Amerika Syarikat. Dia melakukan ini semata-mata mahu mengelakkan dirinya menjadi sasaran pihak-pihak tertentu dan kerana Yusuf Islam menerap di London.

Pada 12.30 tengah malam, 25 Jun 2009 lalu, dia memeluk erat pengurus produksinya dan berkata, "Selepas berlatih selama dua bulan, saya akhirnya bersedia untuk konsert ini.." Sebelum masuk tidur, dia melambai ke penari-penarinya sambil berkata, "Ianya malam yang bagus dan hebat semua. Saya jumpa kalian esok pagi..."

Selepas itu...dia disahkan meninggal dunia pada 2.26 pagi...

Apabila panggilan 911 dilakukan, terlalu banya persoalan diajukan kepada pemanggil. Seolah-olah mahu melengahkan ketibaan ambulan. Macamlah mereka tidak tahu siapa dan di mana kediaman Michael Jackson. Soalan-soalan diberikan seperti mahu melengahkan masa secara sengaja. Pihak hospital pula mengatakan hasil bedah siasat hanya dapat diperolehi selepas dua bulan sedangkan dengan teknologi Afrika paling mundur pun keputusannya dapat diperolehi dalam masa dua minggu sahaja, tidak masuk akal.

Ahli keluarga MJ meminta bedah siasat kedua dilakukan keranaya mereka mula berasakan sesuatu tidak kena. Manakan tidak MJ sihat walafiat melakukan raptai penuh dua hari sebelumnya di Staples Centre. Keputusan diterima empat hari kemudian. Kandungan darah MJ mengandungi dos dadah anestetik yang tinggi. Dadah ini mampu membuatkan penggunanya hilang kesedaran dan dalam dos yang amat tinggi boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung. Malah tubuh MJ juga dipenuhi dengan kesan jarum suntikan.

Hasil bedah siasat yang tidak diumumkan kepada umum juga mendedahkan kandungan perut MJ tidak menunjukkan kehadiran dadah ini akan tetapi dalam darahnya ada. Sama seperti kes kematian Marilyn Monroe.

Dalam satu temubual CNN, Presiden Barack Obama ada berkata," Saya amat meminati Michael Jackson. Saya membesar dengan muziknya. Dunia kehilangan sebutir bintang bersinar. Namun yakinlah kepada saya yang tidak wujud kosnpirasi di dalam kematiannya ini." Yang pelik, bagaiamana pula dia boleh umumkan perkara ini sedangkan pihak koroner mengatakan hasil bedah siasat dan toksikologi hanya dapat diketahui dalam masa dua bulan? Dan, mengapa orang nombor satu berkuasa di dunia pula perlu memberi kenyataan ini?

MJ dikenali umum sebagai manusia yang menentang penyalahgunaan dadah, mengapa pula dia mengambilnya? Jika dia membunuh diri seperti yang diwarwarkan, mengapa bersusah payah berlatih diang dan malam untuk konsertnya dan mahu berjumpa penari-penar latarnya pada keesokan hari? Pelik bukan bunyinya?

Cukup tentang kematiannya, saya pasti dunia secara umumnya bukanlah bodoh. Mungkin perkara kematian Marilyn Monre, Martin Luther King dan juga Puteria Diana boleh dibuat-buat namun terlalu banyak peroalan masih tidak terjawab.

MJ meninggalakn kita semua dengan lagu separuh siap, Give Thanks to Allah.

Keluarga MJ mahu mengebumikannya secara Islam dengan bantuan Brotherhood of Islam. Pihak CIA muncul di kediaman mereka dan mengugut kiranya mereka melakukannya secara umum, Katherine (ibu Machael) tidak akan mendapat hak penjagaan ketiga-tiga anak MJ serta harta dan estetnya. Sebaliknya mereka akan memberikannya kepada Debbie Rowe, bekas isteri MJ dan juga ibu kepada kedua anak mereka.

Akhirnya mereka membenarkan MJ dikebumikan secara Islam dengan syarat umum perlu melihat dia dikebumikan secara Kristian. Semua ini untuk membuktikan MJ tidak pernah memeluk Islam.

Sebab itulah ketika Majlis Peringatan MJ dia Staples Centre, kerandanya tidak dibuka. Keranda bersalut emas itu kosong kerana jenazahnya telah pun dikebumikan secara Islam di lokasi dirahsiakan beberapa hari sebelum itu. Pada sesiapa yang menonton acara penghormatan itu, sudah pastinya anda perasan kehadiran pihak berkuasa tempatan mengawal keadaan dan lalu lintas sedangkan umum tahu bandaraya Los Angeles dilanda defisit yang tinggi. Siapa yang membiayai semua itu jika bukan kerajaan?

Semua ini berlaku hanya kerana Amerika Syarikat takut akan peningkatan jumlah penganut agama Islam. Wallahualam.

sumber : www.manggaonline.com.my

0 comments: