Monday, April 19, 2010

Tak Sabar

Tak sabar nak makan ketam!

Ketam ni saya sendiri tangkap. Dapat cuma 4 ekor, nak bagi-bagikan dengan 4 orang anak + 2 orang ibubapa diorang. Akhirnya si bongsu ni juga yang selalunya dapat lebih. Biasalah kan, budak bongsu memang macam tu.

Macamana tangkap ketam? Aktiviti menyuluh ketam ketika air surut sebelah malam ni memang agak popular di kampung. Kalau dulu orang kampung pakai 'lampu gas' (istilah orang kampung). ni lah bendanya.
sumber : google

Tapi sekarang dah tak ramai yang gunakannya. Pakai saja apa-apa lampu yang boleh mengeluarkan cahaya. 

Gambar ketika menyuluh tak ada, sibuk nak cari ketam tak sempat nak ber'posing'.

Sunday, April 11, 2010

Cara-cara Menyelesaikan Masalah Tayar Pancit


Kekekeke......  saja nak hilangkan boring.


p/s maafkan daku.....

Wednesday, March 24, 2010

Happy Belated Birthday Aleya and Danish!


Selamat hari lahir kepada si kembar berdua Aleya Nadia dan Mohd. Danish yang lahir pada 14 Mac 2005. Danish pada pukul 3 pagi dan Aleya pada 9 pagi. Huh! 6 jam jarak kelahiran mereka. Maksudnya dah 5 tahun umur mereka rupanya. Mereka ni sepupu saja sebenarnya, bukan adik beradik pun. Cuma ibu mereka yang adik beradik tu. Cuma nak catatkan sedikit pasal hari kelahiran mereka pada hari tersebut. Datuk dan nenek mereka yang menerima berita kelahiran Danish terus bergegas ke Hospital Kudat yang terletak tak jauh dari kediaman mereka dan sekali lagi tersenyum lebar menerima kehadiran cucu yang berikutnya beberapa jam kemudian di Hospital Kota Marudu yang terletak lebih 80 km jauhnya dari Hospital Kudat. Alangkah gembiranya mereka menerima sepasang cucu "kembar", walaupun terpaksa bergegas pula ke Kota Marudu untuk melihat cucu yang satu lagi. Huh! memang penat mereka berdua pada hari tersebut.

umur dalam 1 tahun... tak ingat sudah..

Birthday 3 Tahun

Danish - gambar terbaru

Aleya menyambut harijadi ke-5 bersama abang dan kakak-kakak.

 Selamat Harijadi Aleya Dan Danish

p/s Kesibukan yang melanda menyebabkan entri ini terlewat......