Saturday, March 20, 2010

Letih Lesu Penat Lelah

Dah beberapa hari @ minggu jadi biskut 'kejap ada kejap tak ada' dari dunia online apatah lagi dunia blogging. Aku pun tak sedar berapa lama sudah. Kalau post yang terdahulu jadi pengukur, maka sahlah 18 hari lamanya. 

Nak bagi alasan, aku menghilang kerana sesuatu sebab yang tersendiri. Macam orang lain juga, sesuatu yang berlaku mesti ada sebab. OK, lupakan tentang alasan atau sebab. Aku cuma nak minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan se'kunjung-mengunjung' (sesedap rasa saja aku buat istilah ini..) kalau aku tak sempat membalas kunjungan anda. Berjuta-juta terima kasih juga kepada rakan-rakan yang masih sudi menjenguk-jenguk laman Tebilan ini. Terimakasih juga kepada Encik Nuff yang masih sudi membekalkan beberapa buff yang 'sekejap ada sekejap tak ada' walaupun trafik aku menjunam ke dasar laut.

Buat rakan-rakan yang tinggalkan komen juga diucapkan terima kasih yang tak terhingga. Entri -entri yang aku poskan dalam blog ini lebih bersifat coretan peribadi. Kalau ada yang sudi nak baca dan komen, aku menganggapnya sebagai bonus. Terima kasih kepada anda, anda dan anda.

Hari ini aku masih penat dan ingin berehat seketika.

*Gambar ihsan uncle google.

2 comments:

mkajunai said...

rehat la tuan jan lupa penatkan diri dengan hobi baru joomla heheheh

911 said...

mka,...

hahahaha... ni kali la.