Wednesday, February 10, 2010

Jom Jadi Guru!


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon yang layak dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di institut-institut perguruan seluruh negara. Jom rebut peluang untuk menjadi guru.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2010 

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
  

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus : Sepenuh Masa 
 Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2010
Info selanjutnya sila lunsuri laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Rebut peluang ini.


10 comments:

black_mel said...

dh penah amik test dia...mmg susah...psyco skit test dia...

911 said...

black_mel,

ooo.. yeke.. baru tau nihh :)

Iza said...

usiaku dah terlambat......
tunggu KPLI je ni.....

gaban said...

tak pe la ... isteri dah jadi cikgu
nama je keje 1/2 hari tapi sampi mlm pun x habis lagi

Mus said...

dulu bercita-cita menjadi guru

911 said...

Iza,

hehehe... tak apa, rezeki di mana-mana dan bila-bila. Mudah-mudahan KPLI dpt tu.. :)

911 said...

gaban,

betul tu bro, kerja cikgu walaupun setengah hari tapi sebenarnya berlanjutan bawa pulang ke rumah. Ramai guru yang ada 'ofis' sendiri kat rumah...

Cuma yang bestnya - cuti hujung tahun yang panjaaangg... heheh

911 said...

Mus,

Kenapa tak jadi tu bro?

azizan4444 said...

berminat dulu nk jd cikgu..tp x berbakat la tuan..hehehe..rasenye klu jd cikgu mau kn marah ari2 ank murid..kekeke

911 said...

azizan4444,

Aduss... teruk la nanti murid2 asik2 kena marah tuan... hahaha