Friday, September 25, 2009

Beraya bersama Utara FM dan keluarga Dassin.

September 24,

Utara FM kali ini diberi kesempatan beraya bersama Keluarga Dassin (keluarga kak Ara) di Aravilla di hari raya ke 5 dan bersiaran dari sana. Perkara yang lebih mengujakan ialah berkesempatan bersama YB Datuk Hj Musbah Bin Haji Jamli, ADUN N6 Tempasuk yang juga merupakan pengerusi kelompok keluarga Dassin ini. YB Datuk Hj Musbah juga adalah Pembantu Menteri Pertanian dan Perusahaan Asas Tani Negeri Sabah.

Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut dihadiri kira-kira hampir seratus orang yang terdiri dari keluarga terdekat kak Ara. Difahamkan kak Ara sahaja mempunyai lebih 100 orang anak saudara. Wah.. memang besar keluarga Dassin ini. Utara FM diwakili oleh DJ siiputt, DJ MKA, Wady, 911, Seraiwangi dan Kancil.

Dalam kesempatan bersiaran secara live dari rumah kak Ara tersebut, Utara FM berkesempatan menemuramah YB Datuk Hj Musbah serba sedikit tentang sambutan hari raya dan program-program pembangunan dalam perancangan dan yang sedang dilaksanakan khususnya di kawasan yang diwakili oleh beliau. Beliau juga dikhabarkan telah menaja 27 keping tiket untuk menonton Konsert Mini Felix and Friends yang akan berlangsung pada 26hb September 2009 di Dewan Serbaguna Kota Marudu ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada majlis tersebut antaranya ialah pertandingan Rubic Cube dan shuffle untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun banyak program lain terpaksa dibatalkan berikutan keluarga tersebut sedang berkabung kerana 2 orang ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia.

Utara FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Hj Musbah atas kesudian beliau beramah mesra dan ditemuramah oleh Utara FM, tak dilupakan juga kepada kak Ara dan Abang sekeluarga atas jemputan ke majlis tersebut.

Dikhabarkan keluarga kak Ara juga telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga pada malam semalam yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada beliau.

0 comments: