Saturday, August 15, 2009

Ingin Berehat Sebentar


Walau bertatih-tatih, sampai jua. Beginilah keadaan bila 'budak baru belajar' mencuba sesuatu yang baru. Perkara yang tak pernah termimpi suatu ketika dulu - membina sebuah blog!

Mencuba berkali-kali, akhirnya menjadi jugalah. Ini yang dapat saya katakan. Walau tak seberapa, tetapi oleh kerana usaha ini 100% atas daya usaha sendiri, saya layak merasa bangga. Cuma dengan melihat kecanggihan dan mantapnya blog yang rakan lain buat, apatah lagi bila melihat hasil kerja seorang budak sekolah rendah yang pertama kali membina sebuah laman blog peribadi, sesungguhnya saya rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu yang membawa kepuasan kepada diri - Tahniah kepada diri sendiri!

Biarlah isinya tak berapa nak ada, kulitnya dulu... Hahahahaha!!!!!!!

Gambar yang cantik tu cuma hiasan saja bah.

0 comments: